KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Teknikalnya Datuk Ong Kim Swee, yang akan kembali ke kancah kejurulatihan.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata peletakan jawatan bekas pengendali skuad kebangsaan itu, susulan menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Sabah FC yang baharu.
"Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM hari ini dan pihak pengurusan FAM menerima peletakan jawatan itu, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Okt 2021," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM.
Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, mengisi kekosongan ditinggalkan Peter de Roo yang mengumumkan keputusan untuk mengundur diri setelah tamat kontrak pada penghujung 2020.
Menurut kenyataan itu, Kim Swee, 50, telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad Bawah 16 Tahun (B-16), skuad Bawah 17 Tahun (B-17), skuad Bawah 23 Tahun (B-23) sebelum akhirnya mengemudi skuad senior.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Belia badan induk bola sepak negara itu merangkap Penolong Pengarah Teknikal, sebelum dilantik sebagai pengarah teknikal.
Antara kejayaan Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pesta Bola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.
"FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM, dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah FC," kata Mohd Saifuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, mengisi kekosongan ditinggalkan Peter de Roo yang mengumumkan keputusan untuk mengundur diri setelah tamat kontrak pada penghujung 2020. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.

Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.

Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.

Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.

Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.

Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.

Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.

Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.

Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.