KUALA LUMPUR: Kisah dongeng pemain skuasy remaja negara Aifa Azman di Terbuka Malaysia 2021 menjadi realiti apabila menundukkan pilihan utama dari Mesir Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.
Aifa yang layak beraksi dalam kejohanan berkenaan melalui tiket wildcard tidak menghalangnya untuk menewaskan pemain di ranking kelapan dunia 12-10, 11-8, 11-4.
Pada awalnya, Hany dilihat menguasai perlawanan apabila mendahului set pertama 9-4, sebelum pemain berusia 19 tahun bangkit menyamakan kedudukan 9-9 sebelum menamatkan set pertama 12-10.
Aifa yang menduduki ranking ke-69 ternyata lebih bersedia pada set kedua untuk menang 11-8.
Pada set ketiga, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu terus menguasai permainan untuk memastikan gelaran sulungnya di kejohanan berstatus gangsa dalam Jelajah Dunia PSA dengan kemenangan 11-4.
Terdahulu, Aifa telah mencuri perhatian pada kejohanan kali ini apabila mengejutkan tiga pemain Mesir yang menduduki ranking lebih tinggi - Mayar Hany (ranking ke-47), Yathreb Adel (ranking ke-31) dan Hana Ramadhan (ranking ke-35) serta pemain pilihan kelima dari Kanada Danielle Letourneau sebelum mara ke final.
Aifa ketika ditemui selepas perlawanan berkata rentak permainannya seperti tidak menjadi pada awal set pertama sebelum menemukan rentak dan kekal fokus dalam permainan.
"Saya rasa luar biasa di atas kemenangan ini terutama selepas status saya selaku pemain wildcard dan apa lebih menarik, saya berjaya menewaskan seorang daripada pemain yang berada dalam kelompok terbaik dunia," katanya kepada pemberita.
Mengenai misi seterusnya, Aifa yang menjadikan Datuk Nicol David sebagai idolanya berkata beliau mahu berlatih dengan lebih keras untuk memperbaiki ranking dunia pada masa depan.
Pada masa sama, beliau terus memberi fokus untuk membantu rakan sepasukan di Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual berlangsung pada 30 Nov hingga pada 4 Dis di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021

Aifa Azman ketika beraksi menentang pemain Mesir Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.

Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.

Sukan Komanwel: Dua beregu skuasy wanita negara di landasan tepat buru pingat
Aifa Azman-Rachel Arnorld terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi pasangan Australia, Lobban Donna-Grinham Rachael.

Birmingham 2022: Dua beregu skuasy wanita negara tempah slot ke suku akhir
Aifa Azman dan Rachel Arnold menewaskan pasangan Pakistan Faiza Zafar-Amna Fayyaz 11-7, 11-6, manakala Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi atasi Nicole Bunyan-Hollie Naughton 11-4, 11-3 dari Kanada.

Sukan Komanwel: Empat pemain skuasy negara mara ke pusingan ketiga
Empat pemain negara menampilkan aksi bertenaga apabila mara ke pusingan ketiga acara skuasy.

Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia
Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini.

Skuad lelaki, wanita Malaysia mara ke final Skuasy Berpasukan Asia 2021
Skuad lelaki dan wanita negara hanya selangkah daripada merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021.

Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.

Kisah dongeng Aifa jadi nyata, muncul juara Terbuka Malaysia 2021
Kisah dongeng pemain skuasy remaja negara Aifa Azman di Terbuka Malaysia 2021 menjadi realiti apabila menundukkan pilihan utama dari Mesir Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.

Aifa teruskan kecemerlangan layak ke akhir, Eain Yow terkandas
Pemain skuasy remaja sensasi negara Aifa Azman meneruskan prestasi terbaiknya hari ini, untuk layak ke perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.