BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengumumkan penyertaannya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam masa terdekat.
"Terima kasih TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana menjemput saya menjadi sebahagian JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. Insya-ALLAH, dalam masa terdekat kita akan umum penglibatan saya dalam JDT.
"More or less, dah boleh confirm. Perkara ini serius, bukan main-main.
"Dulu waktu umum saya jadi DJ Hot FM pun orang ingat main-main, tak serius. Tapi pagi ini saya ada di konti," katanya semasa menjadi penyampai di radio HotFM pada Rabu.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan menawarkan Khairy jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.
"CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail di laman Story Instagram baginda baru-baru ini.
Khairy juga turut membalas tawaran Tunku Ismail menerusi Story Instragramnya, dan menulis: "One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH."
Untuk rekod, Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dianggap tidak asing dalam sukan bola sepak.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.
Ketika menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, beliau mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.
Selain menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). — Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 15 2023

Story Instagram Tunku Ismail yang memberikan bayangan pembabitan Khairy bersama JDT. - Johor Southern Tiger

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.