KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah apabila mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1992 selepas menewaskan Selangor FC 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad The City Boys mencatatkan kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 2-0, Ahad lepas.
Pemain import dari Colombia Romel Morales meledak gol tunggal perlawanan yang juga jaringannya yang ke-10 dalam kempen Piala Malaysia pada minit ke-51, selepas tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti Selangor, dengan mudah menampan bola ke gawang menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Menanti KL City FC di separuh akhir adalah Melaka United FC yang mengesahkan kemaraan dengan keputusan agregat 3-1 mengatasi Sabah FC selepas melakar kemenangan 2-1 pada aksi di Stadium Hang Jebat.
Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan turut mencatat sejarah tersendiri apabila kejayaan itu menyaksikan skuad Sang Kancil buat julung kali mara ke peringkat empat pasukan terbaik kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu.
Skuad tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan jarak jauh penyerang import dari Brazil Adriano Narcizo, namun terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua untuk selesa mendahului 2-0 hasil jaringan bintang pasukan Sony Norde pada minit ke-78.
Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee mendapat gol sagu hati pada masa kecederaan babak kedua perlawanan menerusi sepakan penalti disempurnakan kapten pasukan Riso Mitrevski selepas Che Rashid Che Halim menjatuhkan Jenius Karib dalam kawasan berbahaya.
Pencapaian terbaik pasukan Melaka United FC dalam kempen Piala Malaysia adalah mara ke suku akhir pada 2017 dan 2019.
Sementara itu, jaringan pada minit ke-40 bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi membawa skuad Harimau Selatan ke aksi separuh akhir dengan keputusan agregat 1-0 menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu membolehkan JDT meneruskan misi mempertahankan mahkota kejuaraan dimenangi pada edisi 2019 sekali gus menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas turut memenangi Piala Sumbangsih dan mengungguli saingan Liga Super.
Di separuh akhir, JDT akan membuat perhitungan menentang finalis edisi 2018 Terengganu FC (TFC) yang merakam kemenangan 4-2 ke atas naib juara Liga Premier 2021 Sarawak United sekali gus mara dengan keputusan agregat 6-3.
Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam itu, TFC cemerlang mendahului 3-0 di separuh masa pertama menerusi jaringan Jordan Mintah seawal minit kedua diikuti Muhammad Faisal Abdul Halim (minit ke-12) dan Muhammad Faiz Mohd Nasir sebelum kedua-dua pasukan berehat.
Bersambung babak kedua, Mintah mencetak gol peribadi keduanya malam tadi pada minit ke-64, namun hasrat TFC meraih kemenangan bersih tidak kesampaian apabila Sarawak United berjaya meledak dua gol masing-masing menerusi Sandro da Silva pada minit ke-70 dan Uche Agba pada minit ke-89.
Aksi separuh akhir pertama dan kedua masing-masing berlangsung pada 22 dan 26 Nov.
KL City FC terlebih dahulu akan melayani kunjungan Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sementara JDT bertandang ke Terengganu berdepan cabaran TFC untuk aksi pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
![KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637292182_MalaysianFootballL.jpg)
Antara aksi menarik semasa perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. - Facebook Malaysian Football League
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738554755_TBFandiAhmad.jpg)
Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.
![Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738534380_TBPialaMalaysia.jpg)
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
![JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka
![TFC tempang hadapi JDT TFC tempang hadapi JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738294888_BadrulAfzanRazali.jpg)
TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.
![TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737167384_MuhammadRahadiazli.jpg)
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
![Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737013780_tbBadrulAfzanRazal.jpg)
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
![400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis 400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737008239_BolaSepakGongBad.jpg)
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
![Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734987231_SabahFootballClub.jpg)
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
![Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734901987_SriPahangPialaMa.jpg)
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
![TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734841114_BadrulAfzanRazali.jpg)
TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.