BERJUANGLAH habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!...itulah kata-kata semangat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada skuad bola sepak negara yang bakal berdepan dengan Thailand, esok.
Bagi Khairy, harapan itu bukan satu bentuk tekanan kepada skuad Datuk Ong Kim Swee tetapi kata semangat membawa pulang hadiah istimewa menjelang Hari Kebangsaan 2017.
Perlawanan final antara Malaysia dan juara bertahan, Thailand akan berlangsung jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.
"Saya tidak mahu pemain kita rasa tekanan yang terlalu besar, saya mahu mereka main perlawanan mereka...berjuang habis-habisan, tetapi 'enjoy the game'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan edisi khas Tin Emas 'Kita Juara' 100Plus di Rumah Malaysia yang terletak di pekarangan Stadium Nasional di sini, hari ini.
Selain menyuntik semangat kepada skuad negara, beliau turut meminta penyokong yang bakal membanjiri stadium supaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan mengelak daripada mencetuskan sebarang masalah.
Sementara itu, di SHAH ALAM, penyokong Malaysia telah mula berkampung di Stadium Shah Alam sejak 9 malam tadi malah sanggup beratur lebih dua kilometer bagi membeli tiket perlawanan akhir itu.
Tinjauan Bernama mendapati 10 daripada 20 kaunter yang dibuka seawal 10.40 pagi tadi terpaksa ditutup berkutan terdapat kumpulan peminat sukan itu yang enggan menurut arahan supaya beratur dan bertindak merosakkan penghadang yang diletakkan di sekitar kaunter tiket.
Bagaimanapun, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan sebelum penjualan tiket kembali disambung 3.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, ketika ditemui di lokasi, berkata polis turut mengawal keadaan bagi memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2017

Perlawanan final antara Malaysia dan juara bertahan, Thailand akan berlangsung jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam esok. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Azrul Hazal wira negara! Raih emas pertama dan pecah rekod Sukan Komanwel
Azroy Hazal Wafie Izhar berjaya raih emas pertama untuk negara dalam acara angkat berat 56kg.

PM Thailand pertahan Malaysia ungguli pungutan pingat dalam KL2017
PM Thailand Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

KL2017: Berjuanglah habis-habisan, demi ibu segala pingat! - Khairy
Berjuanglah habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!...itulah kata-kata semangat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

KL2017: Tilikan emas hari ke 12
Bagaimana agaknya pencapaian atlet negara pada hari ke-12 kejohanan?

KL2017: Tilikan emas hari ke 11
Bagaimana pencapaian atlet negara pada hari ke-11 kejohanan?

SukanKL2017: Emas pertama Malaysia menerusi acara chinlone
HARI ini, skuad negara mencipta sejarah selepas berjaya meraih kilauan emas sulung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara Chinlone linking di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini pada Rabu.

Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking
Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

KL2017: Apa itu sukan Chinlone?
Berikut adalah informasi berkenaan sukan ini yang juga dipertandingkan di Sukan KL2017.