“Ia satu kejutan besar bagi saya dan seluruh negara,” kata bekas atlet negara Farah Begum Abdullah mengenang kembali saat meraih pingat emas dalam acara terjun wanita 18 tahun lalu.
Farah Begum mengakhiri penantian negara untuk merangkul pingat emas bagi acara terjun wanita Sukan SEA apabila menjuarainya pada tahun 1999 di Brunei.
Dia yang pada ketika itu berusia 17 tahun, pada mulanya berada di tempat kelima daripada lapan peserta acara papan anjal 3 meter di temasya sukan itu, mendaki lima lagi anak tangga untuk mengukir sejarah baru Malaysia.
Farah mengatasi lawan demi lawan sehingga berjaya memintas pendahulu acara itu sebelumnya yang juga rakan senegara, Leong Mun Yee untuk memecah kebuntuan Malaysia meraih emas Sukan SEA sejak 1977.
Menurutnya, beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana acara terjun ketika itu baru mula mendapat tempat di Malaysia.
“Saya memang menjangkakan pingat, tetapi bukan pingat emas. Hal ini kerana, acara terjun masih baru di Malaysia.
"Dan pada masa itu, pasukan Thailand merupakan pasukan paling kuat di Asia Tenggara.
“Kemenangan itu merupakan satu kejutan kepada saya dan negara. Saya sangat gembira dapat menyumbang pingat pertama negara,” kata Farah ketika ditemu bual wartawan Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah bekas penerjun negara itu, kemudahan sukan dan asrama di Malaysia pada 90-an juga tidak begitu lengkap, jadi, mereka sering dihantar ke China untuk menjalani latihan.
“Dulu kita tidak ada asrama ataupun kenderaan Majlis Sukan Negara (MSN) seperti sekarang, jadi kami akan ditempatkan di sebuah rumah sewa sehingga latihan selesai.
“Kami kemudian dihantar ke China untuk berlatih kerana kemudahan sukan di sini tidak lengkap. Dari situlah mereka memilih atlet yang terbaik untuk menyertai pasukan negara.”
Tonton video penuh temu bual bersama bekas atlet negara dan pemenang pingat Sukan SEA, Farah Begum.
BACA: Sukan SEA: "Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool" - P.Kuganeswari
Kohilah Sekaran
Tue Aug 08 2017
![KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502119218_FarahBegum.jpg)
FARAH BEGUM: 'Saya memang menjangkakan pingat, tetapi bukan pingat emas. Hal ini kerana, acara terjun masih baru di Malaysia (ketika itu).' Foto Astro AWANI
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683792860_SukanSEA.jpg)
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.
![Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652104858_TBOoiTzeLiang.jpg)
Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA
Tze Liang mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.
![Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663718949_GabrielGilbert.jpg)
Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda
Gandingan Gabriel Gilbert-Julfaddli muncul penerjun terbaik dengan menghimpunkan 317.37 mata untuk bergelar juara.
![Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659800812_TBDHABITAHWENDY.jpg)
Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.
![Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659705082_TBbirmingham.jpg)
Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama
Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak.
![Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik' Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628156665_TBPandelelaRinong.jpg)
Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'
Pandelela memaklumkan, acara yang menjadi sasaran pingat emas bagi negeri Bumi Kenyalang itu tidak tersenarai atas sebab politik.
![Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651907661_AtletTerjunNegara.jpg)
Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara
Nur Dhabitah mengakui tidak memikirkan mengenai perkara itu kerana enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya.
![Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628156665_TBPandelelaRinong.jpg)
Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris
"Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya."
![Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627385604_PandelelaRinong.jpg)
Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran
Memasuki hari ke-11 berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada atlet Malaysia yang bertanding bagi merebut pingat hari ini.
![Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/51528300251_PandelelaRinong.jpg)
Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela
Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik.