KIRA-KIRA 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual hari ini.
Tiket bagi pasukan Malaysia habis dijual di Stadium Shah Alam di sini, selaku venue perlawanan manakala tiket pasukan Thailand yang dijual di Stadium Malawati turut habis.
Difahamkan, sebanyak 45,000 tiket dijual kepada penyokong Malaysia manakala lebih 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand.
Bagi Mohd Syakir Syazwan Saharudin, 15, beliau yang mula beratur seawal pukul 7 pagi berasa amat kecewa kerana tidak dapat merasai kehangatan perlawanan akhir secara langsung.
"Saya sedih sebab hanya nak beli dua tiket je tapi tak dapat. Beratur hampir satu kilometer, saya rasa nak pengsan sebab hari cuaca panas dan sempat makan roti saja," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stadium Shah Alam.
Mohd Kamal Mohd Nizam, 20, pula menyifatkan insiden rempuhan oleh penyokong lain semasa kaunter tiket baru dibuka sebagai sikap pentingkan diri.
Katanya, semua pembeli sepatutnya menurut arahan pihak pengurusan bagi mengelakkan pihak yang beratur lebih enam jam tidak dapat membuat pembelian.
"Rempuhan itulah menyebabkan 20 kaunter yang dibuka hanya tinggal 10 kaunter saja. Ini melambatkan proses pembelian menyebabkan kami terpaksa beratur sangat lama. Saya amat marah," katanya.
Nur Ainaa Husna Mohd Rasid, 18, pula berkata jika tiket dijual secara dalam talian, ia dapat mengelakkan orang ramai terpaksa berbaris seawal pukul 3 pagi," katanya.
Sebanyak 20 kaunter tiket di Pintu A dan B Stadium Shah Alam dibuka mulai pukul 10.30 pagi dan kesemua tiket habis dijual pada 5.40 petang.
Berlaku sedikit kekecohan gara-gara segelintir penyokong merempuh pagar penghadang namun keadaan tersebut dikawal oleh pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2017

Sebahagian daripada ribuan penyokong Malaysia menunggu di perkarangan Stadium Shah Alam di sini, hari ini untuk membeli tiket perlawanan akhir Bola Sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Thailand pada Selasa. -- Foto Bernama
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.

Empat jam untuk dapatkan nombor giliran di Kompleks KDN Setia Tropika
Terpaksa beratur panjang sejak awal pagi dan perlu menunggu hampir empat jam bagi mendapatkan nombor giliran adalah cabaran perlu dihadapi orang ramai untuk berurusan di Kompleks KDN Setia Tropika.

Gagal patuh SOP, ratusan pekerja asing diarah tinggalkan PPVIN
Tindakan diambil terhadap pekerja asing terbabit yang beratur panjang di luar kawasan PPVIN berkenaan sehingga di tepi laluan utama di situ.

'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.

Hospital Selayang laksana penambahbaikan tangani pesakit beratur panjang
Hospital Selayang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan bagi menangani isu pesakit yang perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu.

Tahun Baharu Cina: Lebih 75 peratus tiket ETS, KTM Intercity terjual
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata 135,295 tiket daripada 170,784 tiket ETS dan 14,623 tiket daripada 26,544 tiket KTM Intercity telah terjual, setakat ini.

Bersih desak SPR panjangkan masa mengundi
Bersih juga mendakwa mendapat banyak laporan dari banyak tempat tentang kesesakan yang berlaku di tempat mengundi.

Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan! - SPR
Tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.

Aplikasi 'Fanskick': Tak perlu lagi beratur panjang untuk tiket bola
Kini, dengan adanya aplikasi pintar 'Fanskick' yang diperkenalkan Fanskick Dot Com Sdn Bhd, peminat bola sepak tempatan tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan.

KL2017: Tiket habis, lebih 5,000 kecewa
Kira-kira 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual hari ini.