KUALA LUMPUR: Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Melaka, semalam.
Rakaman selama 44 saat itu menyaksikan situasi di Stadium Hang Tuah tegang dengan adegan tolak-menolak antara pemain sambil pegawai kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk menenangkan keadaan.
Namun salah seorang pemain kelihatan melakukan tindakan agresif dengan menendang belakang badan pemain lawan.
"Rakaman insiden panas yang berlaku ketika aksi Piala Belia 2024 membabitkan Melaka dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, petang tadi (semalam).
"Insiden itu menyaksikan pemain simpanan Sri Pahang FC Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah pada minit ke-41 kerana menendang pemain Melaka," menurut hantaran Facebook Melaka United Media yang berkongsi rakaman aksi pergaduhan itu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM ACP (B) Md Dali Wahid ketika dihubungi hari ini mengesahkan insiden pergaduhan itu namun belum menerima maklumat penuh berhubung kejadian berkenaan.
Sebelum ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden (Bawah 20 Tahun) dan Piala Belia (Bawah 18 Tahun) musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Rakaman itu menyaksikan situasi di Stadium Hang Tuah tegang dengan adegan tolak-menolak antara pemain sambil pegawai kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk menenangkan keadaan. - Gambar/ Media sosial

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.