PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak pernah terjebak dengan media sosial akhirnya menjadi popular serta-merta menjelang perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus The Reds pada Ahad ini.
Pada Januari lalu, Klopp mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini, mengemudi kelab Merseyside tersebut menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield.
Pada 2020, Klopp berkata dalam temu bual bahawa dia tidak pernah memahami media sosial, mengatakan dia terlalu tua untuk semua tersebut.
Namun bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
“Meninggalkan tempat yang luar biasa ini sukar, namun saya mahu terus berhubung dengan anda.
“Dan walaupun saya bukan seorang lelaki media sosial, orang memberitahu media sosial membantu untuk berhubung. Jadi, ayuh di sini kita berjumpa!,” kata Klopp dalam catatan pertamanya melihat kembali legasinya di Liverpool.
Sebagai rekod, Klopp meninggalkan Liverpool selepas mengendalikan hampir 500 perlawanan, memenangi trofi termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama The Reds, Liga Juara-Juara, Piala FA dan dua Piala Liga. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 19 2024

Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut. - Foto fail/AP

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.

Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.

Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."

Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.

#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.

Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.

Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.

Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.

Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.

Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.