KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.
Enam disiplin itu ialah pecut dan lari berganti-ganti, lari berpagar, lari jarak jauh, lompatan iaitu lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan lompat bergalah, balingan merangkumi baling tukul besi, lempar cakera, lontar lembing serta lontar peluru dan lumba jalan kaki.
Pengurus Besar KOM Nurhayati Karim berkata perancangan untuk mengambil jurulatih baharu itu sudah bermula sejak Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara, Disember lepas.
"Dalam mesyuarat itu kita bincang untuk adakan posisi ketua jurulatih bagi setiap disiplin yang mana sebelum ini kita tidak ada posisi tersebut. Tugas ketua jurulatih setiap disiplin adalah untuk monitor prestasi jurulatih dan atlet masing-masing.
'Mereka juga bertanggungjawab untuk melaksanakan perancangan Pengarah Kejurulatihan KOM Robert Ballard (selain) penambahan jurulatih itu tidak akan menggugat kedudukan jurulatih-jurulatih sedia ada yang sedang berkhidmat ketika ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Justeru, Nurhayati berkata semua pihak terutamanya bekas atlet atau atlet yang mahu bersara dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi jawatan berkenaan dengan terus menghubungi Ballard menerusi e-mel [email protected] atau di talian 012-2759342 sebelum tarikh tutup pada 5 petang Jumaat ini (12 Julai).
"Posisi ini terbuka kepada mereka yang berpengalaman dalam disiplin disebut tidak kira sama ada dalam atau luar negara. Kesemua pemohon akan ditapis terlebih dahulu sebelum kita menyenarai pendek calon-calon terbaik.
"Selepas itu mereka akan menjalani beberapa temu duga sebelum dilantik menjawat jawatan itu. Kami harap proses pelantikan akan selesai pada September ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Nurhayati (kiri) dan Ballard (kanan) ketika pertemuan antara Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama Muhammad Azeem Fahmi dan Azeem dan Shereen Samson Vallabouy. - Gambar/ KOM

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.

'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Bagi Khairul Hafiz, sebarang keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.