KUALA LUMPUR: Pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.
Meskipun berasa kecewa dan tidak menjangka perkara itu akan terjadi, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan akan tetap kekal komited untuk memburu kejuaraan bagi pasukan Negeri Sembilan dalam Saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.
"Sebagai atlet profesional saya akan letak tepi (masalah ini) dan saya akan beri komitmen kepada kelab saya juga, sebab kelab yang jaga saya, saya juga hormati kelab dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
"Sekiranya saya cemerlang di liga dan persatuan memberi ruang kepada saya semula (mewakili negara) saya akan kembali dan saya akan buktikan yang saya masih relevan untuk mewakili negara," katanya selapas perlawanan Piala Sumbangsih Saingan MHL Wanita 2023 di sini malam tadi.
Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu pada masa sama turut bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan berkenaan selain mengingatkan para atlet negara untuk sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang hantaran dalam media sosial.
Semalam, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan KHM telah membuat keputusan bahawa Hanis Nadiah digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.
Keputusan itu dibuat berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.
Pada perlawanan Piala Sumbangsih MHL Wanita itu Hanis Nadiah yang mewakili skuad Negeri Sembilan (NSE) berjaya menjulang kejuaraan selepas menundukkan pasukan Uniten Thunder (KPT) 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

HANIS NADIAH: "Sebagai atlet profesional saya akan letak tepi (masalah ini) dan saya akan beri komitmen kepada kelab saya." - Fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress
Penyerang skuad hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn bersyukur dapat membuktikan semula sentuhannya pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

KHM tidak akan rayu, Hanis perlu lalui penggantungan - Subahan
Subahan berkata, pemain profesional itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.

KBS bantu BAM selesaikan isu kekurangan tempat latihan - Hannah
Beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Stadium Malaysia bagi mencari jalan menawarkan infrastruktur yang ada.

Komen berbaur perkauman: Hanis Nadiah reda keputusan penggantungan
Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.

Jangan izinkan amalan budayakan jenaka perkauman - AMK
Jangan sesekali izinkan amalan membudayakan jenaka terutamanya melibatkan bangsa kerana jelas memberi impak negatif dan menjejaskan kerharmonian yang terbina lama.

Hanis Nadiah digantung akibat komen berbaur perkauman
Hanis didapati bersalah kerana telah memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berkenaan konsert AR Rahman pada 28 Januari lalu.