Pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor negeri di Bandar Amanjaya dekat sini, yang dijadual bermula pertengahan September ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menepati janji.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda Sharil Hassan berkata beliau sendiri berasa teruja dengan pembinaan litar itu, memandangkan ia akan dibina di Kuala Muda.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah, pembinaan litar ini membuktikan bahawa kerajaan pusat dan negeri bersungguh untuk menepati janji dan tidak sekadar beretorik.
"Saya juga melihat bahawa litar sukan bermotor ini akan membawa impak positif khususnya dari segi pelancongan dan sosial, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda," katanya kepada Bernama, pada Sabtu.
Beliau berkata dari aspek pelancongan, ia dilihat berupaya menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing menerusi penganjuran sukan bermotor, sama seperti Alor Setar dan Langkawi, masing-masing terkenal dengan bola sepak dan perahu layar.
"Impak sosial juga boleh dirasai menerusi pengurangan masalah mat rempit di jalan raya memandangkan litar lumba ini akan memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai.
"Selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia setempat, pembinaan litar lumba ini juga akan merancakkan lagi perniagaan sukan permotoran," kata Sharil yang juga berharap agar litar tersebut akan digunakan sebaik mungkin dan tidak sekadar menjadi projek gajah putih.
"Cabaran besar ialah dari aspek pengisiannya selepas siap pembinaannya kelak berbanding proses membina, yang mana matlamat penubuhannya akan gagal dicapai jika tidak diuruskan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Kedah Shamsul Bahar Abd Rani pula berpandangan bahawa pembinaan litar lumba permotoran itu menepati aspirasi belia di negeri ini yang sekian lama mendambakan satu kompleks litar lumba permotoran.
"GPMS Kedah mencadangkan agar golongan belia yang berminat dengan sukan permotoran ini diberi ilmu yang sewajarnya agar mereka benar-benar dapat memanfaatkan litar lumba tersebut.
"Anggota masyarakat dan ibu bapa juga perlu diberi maklumat yang tepat agar sukan permotoran ini juga menerima sokongan mereka kepada anak-anak mereka yang meminatinya," katanya.
Tambah beliau, kerajaan juga hendaklah memantau secara berkala tahap pengguna memanfaat sukan lumba ini serta menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkembangan positif pembinaan litar ini membuktikan kerajaan meletakkan kepentingan rakyat pada tahap tertinggi.
"Usaha yang dilakukan Menteri Besar Kedah dalam melunaskan akujanji terpenting anak muda ini menunjukkan sikap dedikasi dan kesungguhan beliau menyelesaikan kekusutan yang berlarutan sejak sekian lama," katanya.
Beliau bagaimanapun berharap agar konsep litar rakyat yang menjadi asas pembinaannya, dijadikan teras dalam pengurusannya kelak bagi mengelakkan ia menjadi terlalu eksklusif.
"Mungkin kerajaan negeri boleh memberi ruang kepada semua persatuan permotoran amatur dan profesional di negeri ini untuk sama-sama menjadi pihak berkepentingan, kerana dibimbangi litar ini akan menjadi terlalu 'eksklusif' dan kita tidak mahu melihat ia berakhir sebagai projek gajah putih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017

Pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor negeri di Bandar Amanjaya menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menepati janji. -Gambar hiasan

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Bapa rayu anak perempuan 14 tahun pulang ke pangkuan keluarga
Sofea Auni Adilah telah keluar dari rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa lepas.

Limpahan air bercampur najis masuk rumah
Penduduk, Muhammad Khairul Hafizi Mohidin, 29, mendakwa, kejadian pada jam kira-kira 3 pagi Jumaat itu merupakan terburuk dan pernah berlaku pada 2020.

Mekanik maut ditetak di Bandar Amanjaya
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.

Kompleks Litar Sukan Bermotor bukti janji ditepati
Pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor negeri di Bandar Amanjaya dekat sini, yang dijadual bermula pertengahan September ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menepati janji.