BEIJING: Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berkata, penganjuran temasya itu mendapat sokongan padu masyarakat dan komuniti sukan antarabangsa.
Memetik Piagam Olimpik, jawatankuasa tersebut berkata bahawa badan sukan sepatutnya mengekalkan dasar politik berkecuali dalam sukan Olimpik, serta membantah acara sukan dan atlet digunakan bagi tujuan politik dan komersial secara sewenang-wenangnya.
"Acara sukan yang dipolitikkan melanggar semangat Piagam Olimpik, sekali gus menjejaskan kepentingan bersama atlet dan keluarga besar Olimpik.
"Sukan Olimpik Musim Sejuk pula merupakan temasya sukan membabitkan pelbagai negara di dunia dan sebagai pentas untuk atlet bersaing secara adil," kata jawatankuasa itu dalam satu wawancara pada Selasa.
Difahamkan, penganjuran temasya itu dapat menyemarakkan lagi amalan berganding bahu dalam kalangan masyarakat dunia untuk melawan pandemik dan melaksanakan semangat Olimpik yang "lebih bersatu padu" berikutan penularan wabak dan kemerosotan ekonomi dunia.
Menurut jawatankuasa itu, pemimpin dari pelbagai negara juga telah menyuarakan sokongan padu terhadap Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.
"Pada Sidang Kemuncak Negara BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) misalnya, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing jelas mendapat sokongan dan direkodkan sebagai acara penting.
"Sementara, pertemuan Menteri Luar China, Rusia dan India serta Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika turut menyokong temasya itu manakala Deklarasi Sidang Kemuncak Rom Pemimpin Kumpulan G20 pula menyifatkan sukan tersebut sebagai peluang penting untuk atlet pelbagai negara bertanding dan simbolik kegigihan manusia," kata jawatankuasa itu lagi.
Untuk rekod, Perjanjian Kedamaian Sementara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah digubal secara bersama oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik China dan Antarabangsa serta turut diluluskan dalam sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

Acara sukan yang dipolitikkan melanggar semangat Piagam Olimpik, sekali gus menjejaskan kepentingan bersama atlet dan keluarga besar Olimpik. - Reuters

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.