HANGZHOU: Berdisiplin, sangat beradab dan peramah.
Itu pujian yang diberikan beberapa pihak termasuk barisan pegawai teknikal antarabangsa terhadap kontinjen negara di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di sini.
Ketua Kontinjen (CDM) negara ke temasya berkenaan, Datuk Chong Kim Fatt berkata, pujian yang disampaikan kepadanya itu sangat membanggakan kerana barisan atlet negara sememangnya mempunyai satu taraf berbeza dari segi akhlak.
"Saya pergi ke sana dan ke sini termasuk di dewan makan, ramai yang bercakap (tentang) pakaian kita, mereka kata kita berdisiplin, sangat beradab dan peramah, itu sesuatu yang hebat. Saya sangat gembira mendengar pujian-pujian tersebut," katanya ketika ditemui di sini.
Mengulas lanjut, Kim Fatt yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, pujian yang diterima itu membuktikan barisan atlet masing-masing memainkan peranan sebagai 'Duta Malaysia' dengan baik untuk menyebarkan imej baik negara di sini.
"Kali ini kita ada buat diplomasi sukan untuk bantu negara kita, ahli sukan kita bukan hanya guna wang negara, mereka pun tolong menaikkan imej negara supaya dapat menarik minat lebih ramai untuk datang melancong ke negara," katanya.
Seramai 289 atlet negara akan beraksi dalam 22 daripada 40 jenis sukan dipertandingkan di Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan bermula secara rasmi pada 23 Sept dan berlangsung hingga 8 Okt ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Ketua Kontinjen negara, Datuk Chong Kim Fatt berkata, pujian yang disampaikan kepadanya itu sangat membanggakan kerana barisan atlet negara sememangnya mempunyai satu taraf berbeza dari segi akhlak. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.

Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

Peruntukan dana lebih besar untuk majukan sukan - Kim Fatt
Chong menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar

'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.

Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.

Sukan Asia Hangzhou: Hannah Yeoh ucap tahniah kontinjen negara lepasi sasaran pingat
Kontinjen negara menghimpunkan 28 pingat setakat ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya edisi ke-19 itu.

Air mata Lovelly gugur terkenang mendiang ibu selepas menang perak
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang ibunya.

Sukan Asia: Sasaran tercapai, perjuangan diteruskan buru pingat bonus
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate hari ini.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Juara dunia singkir beregu campuran negara di suku akhir
Wakil negara turun beraksi memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.

Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.