PUTRAJAYA: Sebanyak 358 atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan (WP) semalam menerima insentif kecemerlangan keseluruhan berjumlah RM1,095,700 susulan pencapaian cemerlang pada temasya dan kejohanan berlangsung sepanjang tahun ini.
Insentif yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian WP Datuk Seri Rosida Jaafar itu, memperuntukkan pemberian sebanyak RM115,000 bagi kontinjen WP yang menyertai Sukan Komanwel Birmingham, Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 (RM905,600), Sukan SEA Hanoi (RM52,600) serta RM22,500 bagi kejohanan dalam dan luar negara.
Rosida berkata insentif itu adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pengorbanan yang dilakukan kontinjen WiPers tanpa mengira sama ada mereka masih berada di bawah Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun tidak.
"Mengimbau kembali pencapaian atlet WP sepanjang tahun ini, saya gembira apabila ramai daripada atlet WiPers berjaya mengharumkan nama WP dan nama Malaysia di pelbagai kejohanan serta temasya tempatan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Atlet dan Jurulatih WP 2022 di Dewan Sri Siantan di sini semalam.
Sementara itu, jaguh beregu lelaki negara Soh Wooi Yik berkata insentif tersebut memberi motivasi untuknya mempersiapkan mental dan fizikal bagi memenangi lebih banyak gelaran di peringkat dunia.
"Saya bersyukur kerana WP sentiasa memberi penghargaan untuk atlet yang dapat meraih pingat di kejohanan dan semestinya perkara ini memberi motivasi kepada kami (atlet) terus berjuang di masa hadapan," katanya.
Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat bersyukur segala pengorbanan dihargai dan akan terus mempamerkan semangat juang dalam industri sukan untuk mencapai prestasi lebih baik.
Pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Ogos lepas, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Wooi Yik merangkul pingat gangsa selepas menewaskan satu lagi beregu negara Chan Peng Soon-Tan Kian Meng.
Sementara, Muhammad Erry meraih pingat perak dalam acara 73 kilogram (kg), seterusnya pingat gangsa pada Sukan SEA ke-31 dan pingat emas di Sukma dalam acara 81kg.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Rosida bergambar bersama sebahagian penerima insentif pada Majlis Penyampaian Insentif Atlet & Jurulatih Wilayah Persekutuan 2022 di Dewan Sri Siantan, Putrajaya, semalam. - Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kontinjen WiPers terima insentif lebih RM1 juta
Insentif itu adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pengorbanan yang dilakukan kontinjen WiPers.