TAN Boon Heong dan Koo Kien Keat, yang kini meniti hari-hari perpisahan, tersingkir dalam pusingan pertama Siri Super Premier Terbuka China selepas tewas kepada pasangan Denmark di Fuzhou, China, sebentar tadi.
Beregu lelaki negara itu tewas kepada pilihan kelima kejohanan, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding, selepas sejam mengharungi tiga set perlawanan.
Boon Heong-Kien Keat gagal mengekalkan rentak kemenangan set pertama, 21-19, apabila tumpas dua set berikutnya 17-21, 13-21.
Pada awal bulan ini, Kien Keat mengumumkan persaraannya selepas Terbuka Hong Kong, 22-27 November ini.
Sementara itu, pusingan kelayakan turut tidak memihak kepada wakil negara.
Perseorangan lelaki, Yeoh Kay Ee, tewas kepada Andre Marteen 21-17, 9-21, 12-21.
Terdahulu, aksinya bersama gandingan beregu lelaki, Chow Pak Chuu, mudah dipatahkan beregu lelaki tuan rumah, Lu Kai-Zheng Siwei, 8-21, 8-21.
Keputusan:
Tan Boon Heong/Koo Kien Keat kk Mads Conrad Petersen/Mads Pieler Kolding 19-21 21-17 21-13
Yeoh Kay/Chow Pak Chuu kk Ee Lu Kai/Zheng Siwei 8-21, 8-21.
Yeoh Kay Ee kk Andre Marteen 21-17, 9-21, 12-21.
Bernama
Wed Nov 16 2016
Pasangan beregu negara Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong ketika perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan pada Mei, 2016. - Gambar fail / BERNAMA
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Aaron-Wooi Yik perlu terus baiki kelemahan, kekal berkeyakinan tinggi - Kien Keat
Jangan berhenti memperbaiki kelemahan diri dan kekalkan keyakinan pada tahap tertinggi sepanjang masa.
Koo-Tan tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka China
Beregu lelaki negara itu tewas kepada pilihan kelima kejohanan, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding, selepas sejam mengharungi tiga set perlawanan.
Piala Thomas 2016: Koo Kien Keat gembira sumbang mata
Koo Kien Keat berpuas hati apabila dia dan pasangannya, Tan Boon Heong, berjaya membantu skuad Piala Thomas negara meraih mata kemenangan ke atas Taiwan dalam saingan peringkat suku akhir pada Khamis.
Chong Wei yakin skuad Piala Thomas pamer aksi terbaik
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjanji skuad Malaysia akan mempamerkan aksi terbaik pada saingan Piala Thomas 2016 di Kunshan, China pada 15-22 Mei ini.
V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir Masters Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong layak ke pusingan suku akhir Kejohanan Masters Thailand Puteri Sirivannavari di Bangkok, pada Rabu.
Badminton: Beregu lelaki kedua negara mara ke separuh akhir
Thien How dan Wee Kiong memerlukan hampir sejam untuk menjinakkan Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonoz sebelum mara ke separuh akhir.
Kien Keat-Boon Heong gagal di final
Harapan beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk bergelar juara lebur di tangan beregu bukan pilihan dari Indonesia.
Terbuka Perancis: Kien Keat- Boon Heong ke final, Chong Wei gagal
Dalam perlawanan separuh akhir awal pagi ini waktu Malaysia, Tago menewaskan Chong Wei 17-21, 21-16, 21-12 dalam masa 61 minit.
Nasib Kien Keat - Boon Heong diketahui 7 Sept
Segala keputusan berhubung kedua-dua pemain itu hanya akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi BAM dalam mesyuarat yang akan diadakan.
Sedia beri laluan kepada gandingan lain
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberi bayangan adalah lebih baik jika barisan kejurulatihan memberi kepercayaan kepada gandingan lain.