KUALA LUMPUR: Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia di Stadium Titiwangsa di sini, esok.
Pemain Korea Selatan Shin Hee Seop secara peribadi percaya Malaysia yang dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Brunei untuk muncul juara Kumpulan A malam ini, boleh ditewaskan walaupun akan bermain di belakang sorakan padu penyokong tuan rumah.
Menurut beliau yang kali pertama mewakili negara beraksi di pentas kejohanan antarabangsa, ia kerana faktor semangat berlawan yang tinggi dalam diri setiap pemain Korea Selatan.
"Saya mahu menang perlawanan menentang Malaysia...saya fikir kita boleh melakukan kerana pemain Korea sentiasa berjuang.
"Walupun tewas kepada Thailand pada aksi pertama, kami bangkit semula untuk menewaskan Soingapura...momentuum ini cukup bagus untuk kami,"katanya dalam Bahasa Korea yang diterjemahkan oleh jurubahasa pasukan ketika ditemui selepas aksi terakhir Kumpulan D menentang Singapura di sini, hari ini.
Pada perlawanan itu, Korea Selatan diperkuat gandingan Kim Youngcheol, Heeseop dan Park Chelolhee berjaya merakam kemenangan 15-12, 15-10 ke atas Singapura yang diwakili Muhammad Khairilshamy Shamsudin, Zaihirrman Zaharudin dan Muhammad Shameer Hamsah.
Kejayaan itu membolehkan Korea Selatan muncul naib juara Kumpulan D di belakang juara bertahan Thailand dan akan membuat perhitungan menentang Malaysia sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A dengan menumpaskan Brunei malam ini.
Malaysia membuka kempen saingan acara double divisyen premier dengan bergaya selepas menumpaskan Jepun 2-0 (15-9, 15-3) pada aksi pertama Kumpulan A semalam manakala Brunei tewas di tangan Jepun 0-2 (13-15, 10-15), Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Aksi pemain Korea, Shin Heeseop dan Kim Youngcheol meraikan kemenangan selepas menewaskan Singapura dalam kategori beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa. - Gambar/ Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia
Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan P

Piala Dunia: Jangan khayal, misi skuad takraw belum lengkap - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam.

Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.

Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.

Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.

Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.