Pemain badminton wanita negara yang sedang menjalani latihan di Bangkok, Thailand mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan novel koronavirus 2019.
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kes pertama jangkitan manusia ke manusia pada 31 Jan selepas seorang pemandu teksi dijangkiti virus itu, menjadikan 19 kes iaitu yang terbanyak di luar China setakat ini.
Bagaimanapun, pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata pasukan itu mengambil semua langkah berjaga-jaga dan pencegahan yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung perkara itu.
Pemain-pemain terlibat ialah perseorangan wanita Soniia Cheah dan S. Kisona serta jurulatih Chin Eei Hui serta pasangan beregu Pearly Tan-M.Thinaah dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang berada di bawah seliaan Rosman Razak.
Choong Hann berkata pemain akan terus berada Bangkok selepas Thailand Masters dari 21 hingga 26 Jan sebagai persediaan ke Kejohanan Badminton Asia dari 11 hingga 16 Feb di Manila, Filipina.
"Mereka menjalani latihan intensif di sana dan selepas latihan mereka terus balik ke bilik hotel. Pendedahan yang sangat minimum terhadap risiko kerana pusat latihan dan hotel lebih selamat berbanding tempat lain.
"Kami telah memaklumkan kepada pemain untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang disyorkan seperti mencuci tangan dengan kerap. Mereka akan pulang ke Malaysia pada Rabu sebelum ke Manila, " katanya ketika dihubungi Bernama.
Choong Hann berkata semua pemain negara sedang membuat persedian dan memberi fokus untuk mencapai sasaran empat teratas untuk layak berdasarkan merit ke Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark dari 16 hingga 24 Mei.
Pasukan lelaki telah diundi dalam Kumpulan C dengan Taiwan dan Singapura, manakala pasukan wanita berada bersama Jepun dan Hong Kong dalam Kumpulan W.
Bagi Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang dijadualkan berlangsung di Wuhan, pusat penularan wabak itu, dari 21 hingga 26 April, Choong Hann berpendapat pilihan terbaik adalah untuk menukar tempat kejohanan jika ia masih berisiko tinggi.
"Menangguhkan atau membatalkan kejohanan bukan tindakan yang baik kerana ia adalah kejohanan terakhir yang menawarkan mata kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Ia terlalu awal dan terpulang kepada BWF (Persekutuan Badminton Dunia) untuk memutuskannya, tetapi kejohanan itu adalah peluang terakhir untuk pemain dari Asia mendapatkan mata kedudukan yang berharga, " katanya.
Sementara itu, BWF dalam satu kenyataan mengesahkan penangguhan China Masters, antara kelayakan ke Tokyo yang dijadualkan dari 25 Feb hingga 1 Mac di Lingshui Agile Gymnasium, Sanya sehingga ke satu tarikh yang belum tetapkan.
BWF menyatakan bahawa slot masa baharu sedang dibincangkan dengan Persatuan Badminton China (CBA) dan pilihan yang ada adalah dari Mei dan ke atas, bermakna kedudukan mata dari acara itu tidak lagi menyumbang kepada kelayakan Olimpik kerana ia akan berada di luar tempoh kelayakan, yang berakhir pada 29 April.
"BWF dan CBA telah mempertimbangkan semua risiko kesihatan, keselamatan dan logistik yang diperlukan dan kedua-dua pihak percaya adalah wajar untuk menangguhkan kejohanan pada masa ini.
"BWF juga mengesahkan Badminton Asia sedang mengkaji semula acara utamanya, BAC dan BWF akan menyokong Badminton Asia dan CBA dalam proses ini. Bagaimanapun, pada masa ini terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan berkaitan perkara ini.
"BWF terus memantau perkembangan terkini mengenai koronavirus dan menyedari bahawa Jelajah Dunia BWF (di Guangzhou dari 9 hingga 13 Dis) dan pertandingan lain mungkin terjejas, tetapi tidak ada rancangan atau keputusan konkrit pada masa ini untuk menukar status acara lain, " kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020

Soniia Cheah merupakan antara pemain-pemain yang terlibat dalam menjalani latihan di Bangkok. - Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.