KOTA BHARU: Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan kemudahan dan fasiliti untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kelantan bernilai sekitar RM411 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata daripada jumlah itu kerajaan telah meluluskan peruntukan RM276 juta bagi pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh, termasuk infrastruktur lain.
"Projek ini belum bermula, namun ia telah memasuki peringkat perancangan yang mantap, termasuk reka bentuk dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat status projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Noor.
Mengulas lanjut Mustapa berkata pembinaan kemudahan itu akan bermula tahun depan dan dijangka siap tahun 2025.
Penganjuran SUKMA 2026 di Kelantan merupakan julung kali diadakan di negeri itu sejak temasya dwi-tahun itu mula diperkenalkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Mustapa berkata daripada jumlah itu kerajaan telah meluluskan peruntukan RM276 juta bagi pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh, termasuk infrastruktur lain. - Gambar fail/Bernama
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.

Jualan EV, kereta mampu milik dijangka disokong oleh kenaikan gaji minimum
Firma penyelidikan Maybank Investment Bank berkata, peningkatan perbelanjaan yang menyusul akan memberi manfaat kepada jualan dua segmen kenderaan itu.
Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.
Kos keseluruhan pembinaan kemudahan Sukma 2026 di Kelantan RM411 juta - Mustapa
Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM276 juta bagi pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh, termasuk infrastruktur lain.