KUALA LUMPUR:Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan cadangan menubuhkan Akademi Cikgu Maniam yang tertumpu kepada pembangunan pegawai perlawanan berkaitan pengadilan sebagai mengenang jasa bekas pengadil kebangsaan dan Asia mendiang K. Maniam.
Presidennya Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata ia merupakan antara cabang dalam perancangan KRM bagi menubuhkan Akademi Ragbi Malaysia (ARM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
"Program pembangunan pegawai perlawanan telah pun berjalan sekian lama dan Cikgu Maniam adalah antara peneraju dan penggerak utamanya.
"Maka kita menjenamakan semula program pembangunan pegawai perlawanan ini di bawah jenama 'Akademi Cikgu Maniam' bagi mengenang jasa mendiang dan mengingatkan kita semua tentang pengorbanan beliau atas cintanya kepada sukan ragbi," katanya kepada Bernama.
Dikenali sebagai Cikgu Maniam dalam kalangan peminat ragbi sejak 1970, Maniam, 77, meninggal dunia pada pagi Sabtu lepas akibat kanser di kediaman keluarganya di Brickfields di sini.
Mendiang, yang bertugas sebagai guru di Taiping pada tahun 80-an dan 90-an, terkenal dengan dedikasi dan kecintaannya terhadap sukan ragbi apabila sanggup menaiki bas serta kereta api untuk mengadili perlawanan di sekitar Lembah Klang.
Maniam memulakan kariernya sebagai pengadil pada 1975 dengan mengendalikan perlawanan peringkat sekolah sebelum menerima pengiktirafan menjadi pengadil peringkat kebangsaan dan Asia pada 1980 dan telah mengadilii perlawanan Piala Asia 1985.
Beliau bersara sebagai pengadil pada 1990 tetapi terus memainkan pelbagai peranan dalam KRM dan Ragbi Asia sehingga ke hujung hayatnya.
Mendiang pernah menjadi Pegawai Pengajar Perlawanan, Penilai dan Pesuruhjaya Pemantau.
Atas sumbangannya, Maniam telah menerima Anugerah Pengadil Perlawanan 'Carlson Lin' Ragbi Asia pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Dikenali sebagai Cikgu Maniam dalam kalangan peminat ragbi sejak 1970, Maniam, 77, meninggal dunia pada pagi Sabtu lepas akibat kanser di kediaman keluarganya di Brickfields di sini.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
KRM mahu jumpa Hannah bincang masalah pembinaan stadium ragbi
Amir Amri Mohamad berkata surat mengenai pertemuan itu akan dihantar kepada Hannah minggu depan.
KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu
ARC dijangka berlangsung pada bulan Mei
Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 15 Sebelah, dijangka berlangsung pada bulan Mei 2022, setelah ditunda hampir lima kali pada tahun lepas.
Dua pemain ragbi negara hampir pasti terlepas pramusim di Jerman
Dua daripada tiga pemain skuad ragbi 15 sepasukan (15's) negara yang ditawarkan beraksi di Liga Ragbi Divisyen Satu Jerman mungkin terpaksa melupakan hasrat menyertai pasukan lebih awal.
PKP: Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan, Piala Agong tangguh
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk menangguhkan dua kejohanan domestik yang dirancang untuk tahun ini berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19.
Peluang skuad ragbi 15's sertai ARC 2021 kembali cerah
Peluang pasukan 15 sepasukan (15's) negara menyertai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dijadual berlangsung pada Mei ini, tampak kembali cerah meskipun masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan
KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
Keputusan terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.