PEMAIN tengah Real Madrid, Toni Kroos mengumumkan penampilan semula bersama pasukan kebangsaan Jerman selepas tiga tahun bersara di peringkat antarabangsa menjelang Euro 2024 di Jerman.
Kroos yang berusia 34 tahun, pemenang Piala Dunia 2014, mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaannya pada Julai 2021 selepas Jerman diaibkan England 0-2 pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Wembley.
Kroos, yang membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2010, meraih 106 caps bersama Jerman juga merangkul lima mahkota Liga Juara-Juara, antara senarai panjang gelaran kelab, dari zamannya di Bayern Munich dan Real.
“Kawan-kawan, mulai Mac dan seterusnya saya akan kembali bermain untuk Jerman sekali lagi.
“Kenapa ya? Kerana jurulatih pasukan kebangsaan bertanya kepada saya, kerana saya mahu dan pasti ada lebih banyak perkara yang mungkin berlaku terhadap pasukan ini di Euro daripada yang kebanyakan orang percaya pada masa ini,” kata Kroos dalam satu hantaran di media sosial.
Jerman merupakan tuan rumah dalam temasya bola sepak terbesar Eropah yang diadakan di 10 bandar utama bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 23 2024

Toni Kroos ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-juara pusingan 16 antara RB Leipzig dan Real Madrid di Arena Red Bull, Leipzig, Jerman, 13 Feb 2024. - Gambar fail REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.

Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.

Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.

Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid
Real membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Mbappe melakukan hantaran satu-dua yang kemas dengan Jude Bellingham.

Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

Copa del Rey: Ancelotti sambut positif cemuhan penyokong Real Madrid
Ancelotti memahami perasaan peminat kelab yang mengejek barisannya dalam kemenangan 5-2 pusingan 16 Copa del Rey ke atas Celta Vigo pagi tadi.

Supercopa de Espana: Ancelotti tempelak Real Madrid khianati taktikalnya
Barisannya ditumbangkan dengan mudah dalam pertemuan itu sungguhpun Mbappe terlebih dahulu meletakkan mereka di depan pada minit kelima.

Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.