SELEPAS keadaan padang dikritik hebat, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup bermula 15 Jun 2022.
Menurut beliau, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih segera dilakukan, lebih awal daripada jadual asal sebelum ini yang ditetapkan pada Mac 2023.
Hampir 25 tahun usianya, SNBJ menjadi saksi kepada bermacam peristiwa, ada yang membanggakan negara namun tak kurang juga yang sedikit sebanyak ‘mencalar’ imej Malaysia.
Kualiti padang, misalnya, hangat diperkatakan baru-baru ini lantas menimbulkan persoalan, sampai bila agaknya isu sama terus dibangkitkan?
Hakikatnya, bukan pertama kali isu keadaan padang yang ‘memalukan’ diangkat menjadi topik perbualan, dari kedai kopi hinggalah ke pejabat menteri namun dua dekad berlalu, masalah sama masih menghantui.
Tahun 2013 misalnya, Allahyarham Datuk Zolkples Embong, ketika itu merupakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) pernah meluahkan kekecewaan dengan keadaan padang stadium nasional itu.
Setahun kemudian, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada November 2014 menyatakan beliau kecewa dengan keadaan padang SNBJ walaupun baru dinaik taraf pada Oktober tahun sama.
Begitupun, sinar baharu SNBJ muncul pada 2017 selepas stadium itu dan kawasan sekitar dinaik taraf dan dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City).
SNBJ diberi wajah baharu, lebih moden dan menawan namun sayangnya, kualiti padang masih membelenggu sehinggakan mendapat respons seorang lagi bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
BACA: Stadium Nasional ditutup mulai Rabu
Pada 2018, beliau berkata kos kira-kira RM10 juta bagi menaik taraf stadium itu bagi memastikan stadium itu memiliki padang lebih berkualiti dan tahan lama.
Tiga tahun selepas itu, pada september 2021, seorang lagi menteri baharu, Ahmad Faizal pula berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang dalam usaha untuk membaiki dan menaiktaraf SNBJ.
Namun sayangnya, memasuki tahun 2022, isu padang masih lagi dibangkitkan dan bergerak ke hadapan, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dijangka menggunakan jenis rumput lain.
Bukan lagi bermuda, cow grass dan paspalum tetapi rumput jenis zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim di Johor mungkin menjadi pilihan malah dilengkapkan dengan sistem perpaipan, perparitan, tanah dan pelbagai lagi.
Selain isu padang, penambahbaikan juga mungkin melibatkan infrastruktur asas lain termasuk kerusi penonton, tandas, kawasan parkir dan kelengkapan lain yang tidak mencapai kualiti diharapkan.
Fokus utamanya, memastikan SNBJ menepati kualitinya sebagai rumah buat pasukan Harimau Malaya, terus membanggakan Malaysia di serata dunia.
Astro Awani
Wed Jun 15 2022

Isu padang SNBJ hangat diperkatakan baru-baru ini lantas menimbulkan persoalan, sampai bila agaknya isu sama terus dibangkitkan? - Gambar fail/ Ihsan pembaca
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.

Ekor Harimau Malaya banjiri Stadium Bukit Jalil
Bahang perlawanan antara Malaysia dan Singapura bagi aksi Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mula dirasai dengan lautan 'kuning hitam' penyokong tempatan membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.

Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024

'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.

Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT
Penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Adakah Harimau Selatan mampu membuktikan dominasinya dalam bola sepak tanah air, atau adakah percubaannya untuk mencipta rekod baharu bakal digagalkan oleh skuad Gergasi Merah?

Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.