KUALA LUMPUR: Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England pada edisi 2024 yang berakhir di Birmingham, semalam.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata beliau juga melihat pergerakan Wooi Yik di dalam gelanggang seolah-olah agak 'berat' sepanjang aksi menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka menerusi kemenangan 16-21, 16-21, di Utilita Arena Birmingham.
Katanya ketangkasan Fajar-Muhammad Rian, yang turun selaku pilihan ketujuh, mengawal permainan di bahagian depan jaring memberi kelebihan buat lawan untuk memastikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati muncul naib juara kejohanan badminton tertua dunia buat kali kedua dalam masa lima tahun.
"Sebenarnya waktu kedudukan mata 10-10 (set kedua) mereka (Aaron-Wooi Yik) sudah dapat rentak, namun tidak padu lagi.
"Mereka kerap melepaskan bola sehingga menyaksikan pasangan Indonesia dapat membina kepercayaan diri (memenangi perlawanan)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Fajar-Muhammad Rian membawa pulang hadiah wang tunai US$96,200 (RM452,572) manakala Aaron-Wooi Yik menerima US$45,500 (RM214,055) selaku naib juara.
Keputusan itu bermakna gelaran Seluruh England masih sukar dicapai oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu selepas mereka tewas kepada bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21 pada final edisi 2019.
Kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran Seluruh England adalah pada edisi 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
![Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710733770_tbBAM.jpg)
Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati muncul naib juara kejohanan badminton tertua dunia buat kali kedua dalam masa lima tahun. - Gambar fail
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694237694_tangjieeewei.jpg)
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
![Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648212194_TBLEEZIIJIA.jpg)
Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional
Legenda perseorangan badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini.
![Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616397553_chongweinziijia.jpg)
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
![All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616253911_PearlyTanMThinaah.jpg)
All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan
Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang.
![All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512579119_LeeZiiJia.jpg)
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
![Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552236675_badminton.jpg)
Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata, namun Aaron dan Wooi Yik terperangkap dengan gerakan pasangan Indonesia.
![Impian Goh-Shevon ke final All England musnah Impian Goh-Shevon ke final All England musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552080698_GohSoonHuat.jpg)
Impian Goh-Shevon ke final All England musnah
Impian beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas final kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian.
![Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551541464_gohjinwei.jpg)
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
![Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463748917_BereguThomasCup.jpg)
Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England
Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.
![Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481903241_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.