Pasukan Kedah secara automatik layak untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim 2020.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris, selepas dimaklum kepada beliau sendiri oleh Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi kenyataan yang dihantar ke pejabat KFA.
Jelas Asmirul, perkembangan itu menutup spekulasi sebelum ini bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Katanya, penyata kewangan beraudit merupakan salah satu kriteria wajib AFC dan beliau bersyukur kerana KFA berjaya mengemukakannya tanpa ada sebarang pertikaian.
“Kita mendapat maklumat yang cukup gembira bagi pasukan kelab KFA yang mana kita telah mendapat makluman semalam daripada Stuart Ramalingam. Kita telahpun berjaya tanpa syarat kelulusan untuk bola sepak pada peringkat kebangsaan untuk tahun 2020 dan juga AFC.
“Semalam (Jumaat), kelulusan telah diberikan kepada pihak pasukan Kedah dan (boleh) beraksi dalam AFC pada musim 2020 selepas kita telah memenangi final Piala FA baru-baru ini,” jelas Asmirul.
Sebelum ini timbul kontroversi membabitkan pelesenan kelab Liga Super 2018 hingga menyebabkan Kedah tidak dibenarkan beraksi dalam saingan AFC.
Asmirul bersyukur dengan keputusan yang diberikan FAM itu pasukan Lang Merah kini dapat merencana persiapan pasukan untuk beraksi di pentas Asia.
Jelasnya ini semestinya memerlukan penyediaan rapi dari segi pengurusan, kewangan, dan pasukan setalah kali terakhir kedah beraksi pada peringkat Asia itu pada tahun 2009.
Kedah selaku juara Piala FA, secara automatik diberi slot ke Piala AFC bersama juara Liga Super, JDT.
Namun dengan perkembangan terbaharu ini, tempat Kedah berkemungkinan akan diganti oleh naib juara Piala FA, Pahang.
Terdahulu, Asmirul ditemui pada majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran Dan Pelancaran Program Suri Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah di Kuala Kedah, pada Sabtu.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 28 2019

Perkembangan itu menutup spekulasi sebelum ini bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.

Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.

Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.

FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.