Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan kewangan dalam persatuan itu.
Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mereka mendapati berlakunya salah laku yang membabitkan wang berjumlah jutaan ringgit dalam kepimpinan KFA yang terdahulu.
"Ada wang yang diberikan kepada KFA untuk tujuan tajaan tetapi ia tidak direkodkan di dalam akaun KFA tetapi apabila kita tanya kepada pihak yang memberi, mereka ada bukti bahawa bayaran telah dibuat tetapi ia tidak dicatat diterima dalam akaun KFA.
"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kita akan siasat sepenuhnya dan jika perlu kita akan dapatkan khidmat nasihat daripada SPRM," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif KFA di Wisma Darul Aman di sini, pada Isnin.
Perkara itu akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Integriti KFA yang dipengerusikan sendiri oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kedah manakala timbalan pengerusi jawatankuasa itu dipegang oleh wakil dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Mukhriz berkata KFA juga akan mengambil pegawai undang-undang tetap untuk menguruskan segala hal perundangan yang berlaku dalam persatuan itu.
"Pegawai undang-undang ini akan uruskan hal perundangan termasuk mengenai kontrak pemain dan jurulatih di mana sebelum ini ada isu di mana kita tidak dibenar untuk lepaskan pemain tanpa membayar pampasan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018
Mukhriz berkata KFA juga akan mengambil pegawai undang-undang tetap untuk menguruskan segala hal perundangan yang berlaku dalam persatuan itu. - Gambar fail
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Lapor SPRM jika wujud penyelewengan kewangan dalam KFA
Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mereka mendapati berlakunya salah laku yang membabitkan wang berjumlah jutaan ringgit dalam kepimpinan KFA yang terdahulu.