KUALA LUMPUR: Laporan lengkap mengenai prestasi skuad kebangsaan pada kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 baru-baru ini perlu dibuat secara telus demi memastikan Malaysia tidak kempunan beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij itu.
Beliau berkata laporan lengkap tanpa menyembunyikan sebarang fakta amat penting bagi mengetahui sama ada pasukan negara masih berada di landasan tepat atau sebaliknya, selain mengambil maklum segala kekurangan untuk ditangani.
"Semua kena faham keputusan di Piala AFF menunjukkan terdapat kelemahan daripada segenap aspek, jadi semua pihak terlibat perlu menyediakan satu laporan yang telus untuk jawatankuasa menilai dan membuat tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Yusoff berkata kedua-dua laporan lengkap dari pihak pengurusan dan kejurulatihan akan dinilai secara teliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada mesyuarat yang dijadual berlangsung bulan depan.
Beliau yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata, fokus utama mesyuarat tersebut adalah mengenal pasti punca kegagalan pasukan negara dalam mencapai sasaran layak ke final Piala AFF 2020 ditetapkan FAM selepas terkandas di peringkat kumpulan.
Katanya mesyuarat berkenaan turut akan menumpukan terhadap segala faktor penyumbang kepada punca kegagalan dan kelemahan pasukan yang terserlah pada kejohanan dwitahunan itu yang berlangsung di Singapura.
"Kita tengok memang ada hiccups (sedikit kekurangan) yang jelas berdasarkan keputusan di Piala AFF dan ia menunjukkan banyak perkara perlu kita selaraskan semula atau pun diperbaiki untuk memastikan pasukan ini berdaya saing di kelayakan Piala Asia 2023 kerana sasaran kita untuk bermain di Piala Asia.
"Mesyuarat ini akan kaji dari segi pemain, pengurusan, kejurulatihan, apa yang perlu diperbaiki dan perkara mana perlu ditambah baik. Selepas itu baru jawatankuasa akan menentukan hala tuju baharu," katanya sambil memaklumkan perincian hala tuju pasukan turut mengambil kira kedudukan ketua jurulatih.
Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dijadual berlangsung pada Jun tahun depan.
Mohd Yusoff pada masa sama berkata soal kesanggupan FAM membayar gaji tinggi kepada seseorang ketua jurulatih turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut seandainya terdapat keputusan untuk menggantikan pengendali terkini, Tan Cheng Hoe.
Pasukan negara menjadi tumpuan peminat dan pengkritik tempatan susulan kemerosotan prestasi dengan kemuncaknya pada kempen Kejuaraan Piala AFF 2020 apabila Malaysia selaku naib juara edisi 2018 gagal melangkah ke peringkat separuh akhir.
Harapan untuk melihat pasukan negara sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tiga tahun lepas itu musnah selepas skuad bimbingan Cheng Hoe menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga di belakang musuh tradisi Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Malaysia yang melalui tempoh persiapan singkat dan mencabar terutama dari aspek ketersediaan pemain, memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas di tangan Vietnam 0-3 dan Indonesia 1-4.
Senario itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Malaysia menamatkan penantian lebih 40 tahun layak secara merit ke Piala Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1980 di Kuwait.
Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
![Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023. - Gambar fail
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
![Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.
![FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699265147_TBMohdYusoffMahadi.jpg)
FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara.
![Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff
Laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya.
![Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61496197857_DatukWiraMohdYuso.jpg)
Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan
Pihak FAM dan MFL mengharapkan satu jawapan secara rasmi sekiranya Liga-M terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.
![Kalau selalu tangguh, MFL jadi bahan jenaka - Yusoff Kalau selalu tangguh, MFL jadi bahan jenaka - Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61496197857_DatukWiraMohdYuso.jpg)
Kalau selalu tangguh, MFL jadi bahan jenaka - Yusoff
Skuad Singa Utara perlu menerima hakikat andai penyertaan mereka dibatalkan atas faktor yang cukup jelas.
![FAM tiada kuasa minta pasukan lepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa FAM tiada kuasa minta pasukan lepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61496197857_DatukWiraMohdYuso.jpg)
FAM tiada kuasa minta pasukan lepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pengurusan pasukan yang lebih arif dalam menentukan perkara berkenaan.
![Kes atur perlawanan: FAM enggan kompromi isu rasuah Kes atur perlawanan: FAM enggan kompromi isu rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
Kes atur perlawanan: FAM enggan kompromi isu rasuah
Menurut Datuk Wira Yusoff Mahadi, FAM yang diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa komited dalam menangani gejala berkenaan.
![Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485423800_YusoffMahadi.jpg)
Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi, menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan terkini.