PEP Guardiola memberikan amaran bahawa Aymeric Laporte tidak seharusnya dilihat sebagai satu-satunya jalan penyelesaian jentera pertahanan Manchester City.
Dua jaringan Sergio Aguero hampir memastikan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, tetapi gerakan Wilfried Zaha pada penghujung permainan di Stadium Etihad memaksa City berpuas hati dengan keputusan seri apabila hantaran silangnya disudahkan Fernandinho yang melakukan jaringan sendiri.
Penyandang juara EPL itu, yang semakin jauh ketinggalan oleh pendahulu liga, Liverpool, hanya tidak dibolosi dua kali sahaja sejak 20 perlawanan yang lalu.
Pemain tengah, Fernandinho, telah bertukar menjadi pertahanan sejak Laporte mengalami kecederaan meniskus berdepan against Brighton and Hove Albion, manakala pemain muda, Eric Garcia, menyerlah di barisan pertahanan ketika merakamkan kemenangan ke atas Sheffield Untied dan Everton.
Namun John Stones serta pemain kebangsaan Argentina, Nicolas Otamendi, sekali lagi mengharungi prestasi yang kurang cemerlang bagi musim ini.
Bekas pemain pilihan Athletic Bilbao, Laporte, sudah kembali menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan tetapi Guardiola, yang bakal berdepan Real Madrid dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) bulan hadapan, enggan meletakkan harapan tinggi kepada Laporte.
"Kami tidak boleh menjangkakan Laporte menyelesaikan segala masalah," katanya.
"Keadaannya semakin baik dan doktor akan menilai perkembangannya dalam sesi latihan seterusnya esok dan saya akan bercakap dengannya."
Ditanya jika Laporte akan membuat penampilan dalam aksi Piala FA berdepan Fulham, Guardiola membalas, "Saya tidak tahu."
Rakan senegara Laporte, Benjamin Mendy, bergelut sebelum ini selepas menjalani dua pembedahan lutut.
Namun bekas bek-kiri Monaco itu mula menunjukkan kemampuannya yang hampir ke tahap terbaik ketika berdepan Palace, menawarkan beberapa ancaman menerusi gerakannya dari sayap kiri dengan hantaran silangnya berjaya ditanduk masuk oleh Aguero.
"Dia bermain dengan baik bersama kami dalam perlawanan ini. Hantarannya, dalaman serta luaran, dan kerap membantu pasukan ketika menyerang malah bertahan.
"Dia telah beraksi dengan baik dan melakukan hantaran yang cemerlang. Beraksi selepas dua musim dihimpit masalah kecederaan, jadi kondisi badannya boleh menjadi lebih baik."
Astro Arena
Mon Jan 20 2020

Laporte ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol untuk Manchester City dalam perlawanan EPL menentang Brighton & Hove Albion di Stadium The American Express Community, Brighton, Britain, 12 Mei, 2019. REUTERS/Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.

Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.