Ketua Jurulatih Skuad Bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee akan memberi fokus kepada latihan taktikal menjelang aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Iraq pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 2018, di Stadium Changshu, China 10 Januari ini.
Beliau memaklumkan pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk sekitar enam darjah celcius sebaik tiba di Nanjing, China, beberapa hari lepas dan yakin kesemua 23 pemain yang dipilih pada kali ini mampu melaksanakan tugas masing-masing.
"Semua pemain berada dalam keadaan cukup baik kecuali Nik Akif Syahiran Nik Mat yang demam dan beliau dikecualikan daripada menjalani sesi latihan pertama kita di sini namun saya yakin 23 pemain yang dipilih mampu beraksi pada bila-bila masa.
"Tidak banyak akan saya ubah kecuali lebih banyak menekankan kepada aspek taktikal kerana kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menentang Iraq nanti," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.
Dalam pada itu, Kim Swee berkata beliau akan menggunakan aksi pemanas badan terakhir berdepan skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Bola Sepak Jiangsu, Jumaat ini sebagai medan untuk menguji keserasian dalam kalangan pemain sebelum berdepan Iraq nanti.
"Saya ingin melihat bagaimana kita bermain mengikut kekuatan kita sendiri dan menghalang Syria daripada melakukan serangan berbahaya ke pintu gol pasukan kita, namun pada masa yang sama kita dapat menguasai perlawanan," kata pengendali kelahiran Melaka itu.
Skuad B-23 negara sebelum ini berkampung selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan untuk latihan intensif selain turut menyertai tiga aksi persahabatan yang menyaksikan mereka mencatat satu kemenangan dan dua keputusan seri.
Selepas bertemu Iraq, Malaysia dijadualkan berdepan Jordan pada 13 Januari di venue yang sama sebelum melengkapkan aksi pusingan awal menentang Arab Saudi di Stadium Kunshan, selang tiga hari kemudian.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap empat kumpulan layak ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2018

Kim Swee akan memberi fokus kepada latihan taktikal menjelang aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Iraq pada 10 Januari ini. - Gambar fail Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.