Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei jelas berada di kelas tersendiri apabila mudah merangkul gelaran kelimanya di kejohanan Masters Malaysia serta yang pertama musim ini di Arena SPICE di sini hari ini.
Iskandar Zulkarnain Zainuddin jelas bukan lawan Chong Wei apabila meleburkan cabaran juara kebangsaan itu 21-18, 21-11 dalam masa 42 minit untuk gelaran kelimanya di kejohanan ini selepas menjuarainya empat kali berturut-turut dari 2009-2012.
Perlawanan akhir ibarat pertembungan 'abang-adik' itu membuktikan pengalaman yang dimiliki pemain nombor lima dunia berkenaan yang berasal dari Pulau Pinang masih sukar digugat pemain tempatan.
"Hari ini boleh tengok Iskandar memberikan tentangan yang baik. Di set pertama, saya tidak memberi tumpuan untuk mengasak dan dia bijak mengambil peluang itu. Pada set kedua, saya sudah tahu cara Iskandar, dan pengalaman membolehkan saya mengawal permainan.
"Saya tidak pernah main di tempat sendiri. Walaupun ini hanya Masters Malaysia, saya puas hati dengan kemenangan pertama untuk tahun ini. Saya akan teruskan semangat ini untuk kejohanan akan datang terutama menjelang All England dan Terbuka Switzerland," katanya yang membawa pulang AS$9,000 (RM37,800).
Iskandar yang kali pertama beraksi di final kejohanan berstatus Grand Prix Emas berkata kemampuan membaca pukulan dan kepantasan adalah kelebihan yang dimiliki Chong Wei.
"Chong Wei bergerak pantas dan ia membuatkan saya susah mendapatkan mata. Saya harap selepas ini dapat meningkatkan fizikal dan stamina," kata pemain berusia 24 tahun itu.
Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas di final selepas tunduk kepada pasangan Indonesia, Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo 18-21, 21-13, 21-18.
Dalam pertarungan hampir sejam itu, gandingan Indonesia tersebut bangkit di set kedua selepas tewas 18-21 pada set pertama, sekali gus mengheret ke set penentuan.
Selepas terikat 10-10 di set penentuan, pasangan negara seakan hilang rentak, sehingga jauh ditinggalkan pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 itu.
"Kami memberikan banyak mata mudah kepada lawan. Di set ketiga, kami sukar mengejar selepas lawan berada jauh di depan. Secara keseluruhan kami sudah bermain dengan baik walaupun kalah," kata Boon Heong.
Nasib sama turut dialami beregu campuran, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing apabila tewas kepada pasangan muda dari China, Zheng Siwei/Li Yinhui 21-14, 21-19.
"Permainan kami agak perlahan di set pertama...mungkin kami terlalu mahukan kemenangan sehingga menjejaskan permainan sendiri.
"Lawan pula memiliki kelajuan dan kekuatan yang digunakan untuk menekan kami. Ia sukar bagi kami kerana belum menentang lawan seperti itu sebelum ini," kata Pei Jing yang kecewa kemaraan mereka ke final daripada pusingan kelayakan berakhir dengan kekalahan.
Bagi acara perseorangan wanita, P.V. Sindhu dari India muncul juara selepas menundukkan lawannya dari Scotland, Kirsty Gilmour 21-15, 21-9.
Pilihan utama acara beregu wanita, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi dari Jepun pula membuktikan keunggulan apabila muncul juara selepas menundukkan pasangan dari China, Tang Yuanting/Yu Yang 21-18, 22-20.
Juara dan naib juara kategori perseorangan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$9,000 (RM37,800) dan AS$4,560 (RM19,152) manakala untuk kategori beregu pula hadiah AS$9,480 (RM39,816) untuk juara dan AS$4,560 (RM19,152) bagi naib juara.
Bernama
Sun Jan 24 2016

Perlawanan akhir ibarat pertembungan 'abang-adik' itu membuktikan pengalaman yang dimiliki Chong Wei masih sukar digugat pemain tempatan. - Foto Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.