BEKAS bintang bola sepak Brazil, Pele menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Selasa.
Pemain bola sepak terkenal berusia 80 tahun itu berkongsi perkara tersebut di saluran media sosialnya dan menyifatkan ia sebagai hari yang tidak dapat dilupakan.
Bagaimanapun, Pele tidak mendedahkan lokasi beliau menerima suntikan vaksin tersebut.
“Hari ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan - saya menerima vaksin!
"Pandemik ini belum berakhir.
"Kita mesti menjaga disiplin untuk menyelamatkan nyawa sehingga ramai orang divaksinasi,” kata bekas pemain kelab Santos dan New York Cosmos itu.
Difahamkan sejak pandemik COVID-19 melanda Brazil setahun lalu, beliau tinggal di kediamannya di Guaruja, Sao Paulo.
Dalam entri sama, Pele turut mengingatkan peminatnya agar terus menjaga diri dan kekal di rumah, jika boleh.
“Sekiranya keluar, jangan lupa pelitup muka dan jaga jarak sosial.
"Ini boleh dilakukan jika kita memikirkan orang lain dan saling membantu,” tulisnya lagi.
Setakat ini, sebanyak 257,361 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Brazil.
Astro Awani
Wed Mar 03 2021
![Legenda bola sepak Pele terima suntikan pertama vaksin COVID-19 Legenda bola sepak Pele terima suntikan pertama vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614737882_Pele.jpg)
Pele yang merupakan juara Piala Dunia tiga kali tidak mendedahkan lokasi beliau menerima suntikan vaksin berkenaan - Gambar Instagram Pele
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
!['Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar 'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738360226_TBNeymar.jpg)
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
![Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738196129_tbNeymarTattooKai.jpg)
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
![Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738029684_Neymar.jpg)
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
![Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736462521_TBBrazilPlaneCrash.jpg)
Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
![Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736203649_LuizIncioLulada.jpg)
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
![Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735274691_BRICS.jpg)
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
![Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735798654_BRICS.jpg)
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.
![Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717387343_Airplane.jpg)
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
![Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734934419_tbplanecrash.jpg)
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
![22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil 22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734816923_TBaccident.jpg)
22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil
Menurut pihak berkuasa, pemandu bas dipercayai hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu pecah.