JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pattaya, Thailand pada Ahad, pemain ranking nombor satu dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-15,16-21 dan 21-15.
Lebih manis, ia merupakan gelaran dunia kelapan buat Liek Hou dalam acara perseorangan selepas turut memenanginya ketika beraksi pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.
Pemain berusia 35 tahun itu bukan sahaja membuktikan reputasinya dalam acara perseorangan, malah dia turut menebus kehampaan pada edisi 2022 di Tokyo, Jepun apabila memahat nama sebagai juara dunia menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez Anuar.
Gandingannya bersama Muhammad Fareez berjaya mengalahkan lawan dari India menerusi kemenangan straight set 21-17 dan 21-18.
Ia juga menjadi gelaran dunia keenam buat Liek Hou dalam acara beregu lelaki.
Secara keseluruhan, Liek Hou melakar 14 kejuaraan dunia menerusi acara perseorangan dan beregu sekali gus meletakkan dirinya antara atlet Malaysia paling berjaya di pentas antarabangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024

Liek Hou raih kejuaraan berganda dalam acara perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Para Dunia 2024. - Foto/ BWFbadminton
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Liek Hou tekad kekal rekod tanpa kalah pada 2024
Juara dua kali badminton Paralimpik Cheah Liek Hou bertekad untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Pencapaian Cheah Liek Hou sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s

Paris 2024: Liek Hou selangkah pertahan emas, Fareez terkandas
Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Pengalaman Tokyo jadi taruhan Cheah Liek Hou di Paris
Cheah Liek Hou mempertaruhkan pengalaman Paralimpik Tokyo 2020 apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas di temasya Paris 2024.

#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.