KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori sprint lelaki keseluruhan.
Menurut laman web rasmi kejohanan ucitrackchampionsleague.com, atlet digelar 'The Pocket Rocketman' itu meraih 60 mata selepas lima pusingan, manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dinobatkan juara dengan 183 mata.
Richardson mengatasi pesaing utamanya Harrie Lavreysen daripada Belanda dengan jurang dua mata selepas Lavreysen mengumpul 181 mata, manakala Stefan Botticher daripada Jerman memenangi tempat ketiga dengan 136 mata.
Dalam pusingan akhir yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue ikonik Sukan Olimpik 2012, Lee Valley VeloPark, London, Azizulhasni gagal dalam misi untuk sekurang-kurangnya meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam acara kegemarannya, keirin, semalam.
Richardson mengungguli perlumbaan diikuti Lavreysen dan Botticher.
Sementara itu, atlet kelahiran Dungun itu terlepas peluang beraksi pada separuh akhir sprint selepas sekadar di tempat kedua dalam pusingan pertama di belakang peserta Colombia Santiago Ramirez Morales.
Hanya pemenang daripada enam heat berbeza mara ke separuh akhir acara itu.
Kejohanan tersebut bermula di Mallorca, Sepanyol bulan lepas dan pelumba perlu meraih mata untuk lima pusingan dalam acara sprint atau endurance.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Azizulhasni terlepas peluang beraksi pada separuh akhir sprint selepas sekadar di tempat kedua dalam pusingan pertama di belakang peserta Colombia Santiago Ramirez Morales.- Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Liga Juara-Juara Trek UCI: Azizulhasni tamatkan musim di tangga kelapan
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori sprint lelaki keseluruhan.

Pocket Rocketman pamerkan perkembangan positif
Azizulhasni mengakhiri acara keirin di tempat keempat dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Velodrom Illes Ballears.