KUALA LUMPUR: Jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) 2021 sekali lagi dilanjutkan sehingga tarikh sepak mula saingan musim ini yang dijadualkan pada 5 Mac depan.
Ia merupakan lanjutan kali kedua dalam tempoh seminggu selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat lepas mengesahkan jendela perpindahan atau tempoh pendaftaran pertama pemain Liga-M 2021 berakhir pada 12 Feb dilanjutkan sehingga 19 Feb ini.
Mengesahkan perkembangan terkini itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata pelanjutan itu diluluskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas menerima permohonan rasmi badan pentadbir Liga-M tersebut sebelum ini.
Beliau berkata permohonan melanjutkan tempoh itu dibuat susulan terdapat pasukan bertanding yang menghadapi masalah terutama melibatkan pendaftaran pemain tempatan dan import selain kekangan mempersiap pasukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Hari ini (Khamis), MFL menerima surat daripada FIFA yang telah melanjutkan tempoh perpindahan pemain iaitu bermula 21 Nov 2020 hingga 5 Mac 2021.
"FIFA juga dimaklumkan pasukan Liga-M dibenarkan mula berlatih menerusi program latihan berpusat bermula 15 Feb dalam tempoh PKP.
"Justeru, FIFA berpuas hati dengan penjelasan MFL untuk memohon lanjutan tarikh jendela perpindahan pemain sehingga 5 Mac 2021 di mana pasukan-pasukan kini memiliki masa untuk mengintai pemain-pemain baharu untuk skuad mereka," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
MFL sebelum ini memutuskan tempoh pendaftaran pertama Liga-M akan bermula pada 21 Nov 2020 sehingga 12 Feb lepas sebelum ia dilanjutkan kepada 19 Feb selepas turut mendapat kebenaran FIFA baru-baru ini.
Kempen saingan Liga-M 2021 dijadual bermula 5 Mac depan dengan perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara juara bertahan dan juara Liga Super 2020 iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah, yang menjadi aksi pembuka tirai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) 2021 sekali lagi dilanjutkan sehingga 5 Mac. - Bernama

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.