KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah papan markah (scoreboard) bola sepak yang tidak berfungsi dan rosak di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum perlawanan pertama rasmi Liga Malaysia (Liga-M) pada 10 Mei ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata isu berkenaan antara yang menjadi tumpuan yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
"Isu ini mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
"Saya sendiri sedang mengadakan perbincangan akhir dengan Perbadanan Stadium untuk menyelesaikan masalah ini sama ada membaiki atau mencari alternatif lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Zamakhshari berkata selain isu terbabit pihak kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan bagi menyelesaikan beberapa isu lain di stadium itu secara berperingkat.
"Perbadanan stadium dalam proses dan menyiapkan dokumen tender bagi sistem perparitan stadium, insya-Allah kita jangka kontraktor akan masuk pada pertengahan musim liga.
"Begitu juga dengan pemasangan kerusi di tempat duduk penyokong, kita akan pasang secara berperingkat dan jumlah awal yang dipasang ketika ini berdasarkan kepada maksimum kehadiran penyokong pada musim lepas," katanya.
Menurut Zamakhshari bagi menyelesaikan masalah yang terdapat di stadium itu, pihaknya akan melihat kemampuan kewangan.
"Masalah rumput kita memerlukan kos yang tinggi sebanyak RM300,000 setahun bagi penyelenggaraan padang stadium," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Zamakhshari berkata isu berkenaan antara yang menjadi tumpuan, yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. - Facebook Zamakhshari Muhamad
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis
Seorang remaja berusia 17 tahun parah apabila motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta peronda polis yang menggelak anjing melintas di Kilometer 10 Jalan Jeli-Dabong di Jeli pada Khamis.
113 kampung di empat daerah di Kelantan dijangka terjejas banjir
Empat daerah terlibat ialah Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu, membabitkan kampung di kawasan rendah, 5km dari Sungai Kelantan.
Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia
Keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.