KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan United (KUFC) Nazrulerwan Makmor kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri sehingga terikat seri 2-2 dengan Selangor FC II dalam saingan Liga Premier semalam.
Nazrulerwan berkata pasukannya melepaskan dua gol mudah menerusi dua sepakan percuma di kawasan sendiri selepas pemain hilang tumpuan dengan melakukan kesalahan kecil dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad lV, di sini.
"Walaupun kami mendahului 2-0 namun pemain-pemain kami mengambil mudah, hilang tumpuan dan lalai...kita tidak boleh terima keputusan begini sedangkan kita boleh mendapatkan tiga mata penuh.
"Kita melakukan kesalahan-kesalahan mudah dengan memberikan sepakan percuma dalam kawasan sendiri ia membuka peluang dan keyakinan kepada pemain muda lawan, akhirnya mereka menghukum kita dengan dua jaringan mudah," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, malam tadi.
Pada perlawanan itu, gol KUFC dijaringkan Muhammad Zafuan Azeman pada minit ke-33 dan Gassama Alfusainey minit ke-54 manakala dua gol penyamaan Selangor FC ll diperoleh menerusi Alexander Agyarkawa pada minit ke-70 dan Saravanan Thirumurugan minit ke-82.
Nazrulerwan berkata pemainnya hilang tumpuan berkemungkinan disebabkan keletihan apabila melalui jadual perlawanan yang padat sejak saingan liga kembali.
"Faktor kecergasan kita kena faham, dalam 13 hari kita bermain empat sehingga lima perlawanan selain itu kita hanya dapat menjalani latihan sehari dan berehat sehari, perlu melalui perjalanan yang jauh bagi menghadapi satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.
"Selepas ini, kami mempunyai seminggu menjalani latihan sebelum bertemu Kelantan FC, 14 Ogos di Kota Bharu. Ini adalah masa untuk kami memperbaiki kelemahan ketara di posisi tengah dan pertahanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Nazrulerwan berkata pasukannya melepaskan dua gol mudah menerusi dua sepakan percuma di kawasan sendiri selepas pemain hilang tumpuan. - Foto Facebook/@Sukanz
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.