AL-AHLI 2 AL-NASSR 3

Al-Nassr menewaskan Al-Ahli 3-2 walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain ketika Jhon Duran meneruskan permulaan cemerlangnya dalam Liga Pro Saudi.

Duran meledak dua gol dalam penampilan sulung liga bersama Al-Nassr minggu lalu dan mengulangi sentuhannya di Stadium Al Inma Bank dalam pertembungan yang tidak menyenangkan, awal pagi tadi.

Bekas penyerang Aston Villa itu membuat penyudah cemerlang dari tepi kotak penalti untuk membuka jaringan pada minit ke-32.

Satu percubaan Al-Ahli dalam separuh masa pertama sempat singgah di palang tetapi selepas rehat, perlawanan menjadi tegang.

Tuan rumah menganggap mereka menyamakan kedudukan menerusi Ali Majrashi, namun selepas video bantuan pengadil (VAR) yang panjang, gol itu tidak disahkan.

Sebaliknya, pemain Al-Nassr, Mohamed Simakan, dilayangkan kad merah kerana menyiku Ivan Toney yang kemudiannya menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-78.

Dua minit kemudian, Al-Nassr kembali di hadapan dan kali ini rembatan Aiman ​​​​Yahya menerjah jaring selepas usaha awalnya diselamatkan oleh Edouard Mendy.

Duran menjaringkan gol keduanya pada minit ke-88 dengan tenang biarpun Sumayhan Al Nabit mengurangkan defisit gol pada masa kecederaan.

Ketegangan memuncak di antara kedua-dua belah pasukan sejurus wisel penamat untuk Al-Nassr meraikan kemenangan yang mendekatkan di dengan pendahulu, Al-Ittihad, dengan lima mata.