IPOH: Peminat sukan Muay Thai di bandaraya ini berpeluang menyaksikan lima atlet negara, termasuk dua juara dunia beraksi dalam Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh-Betong, Thailand, di sini, pada 26 Ogos ini.
Lima atlet itu ialah juara dunia tiga tahun berturut-turut, Mohammad Rifdean Masdor serta juara dunia tahun ini, Nur Amisha Azrilrizal, Muhammad Fadzmi Aiman Mohd Fadzli (Jebat), Raja Izzati Raja Annuar dan Muhammad Amirul Adli Sali Meha (Deli).
Penaung Persatuan Muay Thai Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kelima-lima mereka akan bertarung dengan lima atlet Muay Thai dari Betong, mengikut kategori berat masing-masing.
Menurutnya, kejohanan itu adalah yang pertama kali diadakan sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.
“Peminat Muay Thai mungkin sukar melihat aksi atlet kita beraksi dan kali ini kami tawarkan peluang untuk mereka melihat dengan lebih dekat aksi petinju kita beraksi di sini,” katanya dalam sidang media di sini, petang semalam.
Hadir sama Presiden Persatuan Muay Thai Perak, Bernard Radin dan kelima-lima atlet yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Menurut Zainol Fadzi, kejohanan itu akan diadakan mulai jam 8.30 malam di Pusat Muay Thai Head Hunnter di Jalan Watson, berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), di sini.
Katanya, harga tiket hanya RM25 dan sebanyak 400 tempat duduk disediakan untuk para peminat.
“Disebabkan tempat terhad, pembelian tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tiket akan dijual di Pusat Muay Thai Head Hunnter mulai 14 Ogos ini,” ujarnya
Dalam pada itu, katanya, beliau telah berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan mereka bersetuju pada dasarnya untuk menganjurkan satu kejohanan Muay Thai di Stadium Indera Mulia hujung tahun ini.
“Kali terakhir kita menganjurkan kejohanan Muay Thai di Stadium Indera Mulia ialah pada 2016 dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan,” tambah beliau.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 06 2023
Peminat sukan Muay Thai di bandaraya ini berpeluang menyaksikan lima atlet negara, termasuk dua juara dunia beraksi dalam Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh-Betong, Thailand, di sini, pada 26 Ogos ini. - Astro AWANI
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Lima atlet negara sertai Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh-Betong
Kejohanan itu akan diadakan pada 26 Ogos jam 8.30 malam di Pusat Muay Thai Head Hunnter di Jalan Watson, berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh.
Mat Ropi dalam kelas tersendiri
Muhammad Rafi Abdul Manaf mengekalkan status juara Tali Pinggang KWP selepas menewaskan Oii Prachit dari Thailand.