KUALA LUMPUR: Seramai lima atlet diramal mampu melakar kejayaan yang cemerlang buat negara di Sukan Paralimpik Tokyo, dijadual berlangsung dari 24 Ogos-5 Sept ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mereka adalah dua pemenang pingat emas di Rio 2016 iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dari olahraga, diikuti Cheah Liek Hou (badminton), S. Suresh (memanah) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
"Mereka ini berada dalam kedudukan terbaik untuk bersaing dan saya berharap agar atlet ini dapat membuat pencapaian cemerlang untuk negara kita," katanya pada sidang media secara maya di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pengukuhan Semangat Tim Para Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan upacara penghargaan penaja yang juga dijalankan secara maya.
Muhammad Ziyad (lontar peluru F20); Abdul Latif (lompat jauh T20); dan Bonnie (powerlifting kategori atas 72 kilogram) merupakan pemegang rekod dunia bagi acara masing-masing manakala Cheah adalah juara dunia enam kali dan S. Suresh, juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.
Wan Ahmad Fayhsal pada masa sama juga percaya kontinjen paralimpik negara mampu mencapai sasaran tiga emas seperti dicapai di Rio 2016 seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bulan lepas, untuk temasya kali ini di Jepun.
Sementara itu, Megat D Shahriman berkata kesemua atlet mampu menyerap tekanan untuk beraksi di temasya berkenaan walaupun ada dalam kalangan mereka tidak dapat beraksi lebih dua tahun bagi saingan kompetitif antarabangsa gara-gara pandemik COVID-19.
Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo itu juga berkata beliau tidak melihat kekurangan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sebagai satu masalah kerana atlet dari negara lain juga berdepan kekangan serupa ketika ini.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan seramai 22 atlet kontinjen negara akan menggalas cabaran dalam pertandingan sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disertai sejumlah 22 atlet negara dan akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan dan 32 acara.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.

Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik
Kata Macron, adalah menjadi kebanggaan Perancis dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.

Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini
Pesawat yang membawa Abdul Latif dan Liek Hou dijangka mendarat di KLIA pukul 4.30 petang nanti.

Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu
Perbincangan sedang berjalan susulan pembatalan pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.

Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19
Tindakan pencegahan penyebaran virus itu akan diutamakan bagi membolehkan acara berkenaan diadakan tahun hadapan.