IPOH: Perak FC menafikan logo baharu pasukan itu bersifat tangkap muat sebaliknya telah diperhalusi dan dipersetujui oleh pihak pengurusan kelab.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakariah berkata penghasilan logo itu telah dibincangkan di peringkat pengurusan sejak awal bulan ini selain transformasi yang dilakukan adalah sejajar dengan penjenamaan semula skuad The Bos Gaurus.
"Logo ini dihasilkan oleh pereka kami sendiri.
"Pada asalnya, hasrat kita untuk tukar logo pada penghujung musim ini jika pasukan berjaya kembali semula ke Liga Super namun ia dipercepatkan disebabkan banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan.
"Bagi saya, perubahan yang dibuat tidaklah terlalu drastik dan kita masih mengekalkan elemen asal seperti warna (kuning dan hitam) serta seladang sebagai maskot pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sabtu lepas, Perak FC telah memperkenalkan logo baharu menjelang saingan Liga Premier musim ini menerusi laman media sosial milik kelab berkenaan.
Menerusi satu klip video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di akaun Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube kelab tersebut, beberapa logo Perak FC sebelum ini turut ditampilkan dari 1921 hingga 2021.
Beliau berkata pihaknya berlapang dada dan menerima segala kritikan dilontarkan terhadap logo berkenaan dengan hati terbuka.
Dalam pada itu, Muhammad Yunus berkata The Bos Gaurus akan mendaftarkan 27 pemain tempatan pada musim ini dan sesi menandatangani kontrak secara rasmi akan bermula hari ini.
"Sesi menandatangani kontrak dilakukan secara berperingkat bermula hari ini dan kita jangkakan ia dapat diselesaikan pada minggu ini," katanya.
Mengulas desas-desus penyertaan bekas pemain Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin dan bekas tonggak kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor ke dalam pasukan, beliau berkata ia belum dimuktamadkan namun mengakui kedua-duanya telah menyertai latihan dikendalikan ketua jurulatih, Yusri Che Lah.
"Saya tidak boleh katakan mereka pasti akan bersama pasukan kerana buat masa ini kita kena juga lihat pelbagai aspek dan pandangan daripada jurulatih sebelum keputusan sebenar dibuat," katanya.
Muhammad Yunus berkata Perak FC juga sedang merancang mendapatkan khidmat tiga tonggak import dan urusan menandatangani tonggak import itu dijangka selesai sebelum 22 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Perak FC menafikan logo baharu pasukan itu bersifat tangkap muat sebaliknya telah diperhalusi dan dipersetujui oleh pihak pengurusan kelab. -Facebook Perak Football Club
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Logo baharu Perak FC bukan tangkap muat
Transformasi yang dilakukan dalam penghasilan logo adalah sejajar dengan penjenamaan semula skuad The Bos Gaurus.
Perak FC dedah logo rasmi baharu
Logo rasmi baharu Perak FC akhirnya dimuktamadkan hasil undian peminat dan penyokong bola sepak negeri Perak.