Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage Sdn Bhd tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan penyertaan pasukan Jelajah Dunia dalam edisi 2020.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Mustafa berkata selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengesahkan tarikh itu dalam kalendar mereka, pihak penganjur menerima respons yang menggalakkan daripada pasukan berkenaan.
Beliau berkata penganjur mencadangkan tarikh itu kepada UCI selepas mengambil kira dua perlumbaan awal dalam kalendar jelajah dunia iaitu Tour Down Under dan perlumbaan sehari Cadel Evans di Australia.
"Alasannya kami memilih tarikh itu, jadi kami mempunyai lebih peluang untuk mendapatkan pasukan Jelajah Dunia. Kami hanya bertindih dengan perlumbaan baharu di Arab Saudi tetapi kami optimis akan mendapat pasukan Jelajah Dunia.
"Pada mulanya UCI menetapkan tarikh 15-22 Mac tetapi apabila kami meletakkan pemberitahuan pada 7-14 Feb, kami telah berbincang dengan kira-kira lapan pasukan Jelajah Dunia sekarang.
"Kami tidak risau tentang pasukan pro Benua atau pasukan Benua dan pro Jelajah Dunia, kami telah berbincang dengan Bahrain, UAE International.
"Kami sedang melihat beberapa pasukan - Pasukan Ineos dan Astana tetapi masih dalam peringkat rundingan," katanya selepas pelancaran rasmi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.
Perlumbaan berbasikal terbesar Asia itu telah dinaik taraf sebagai perlumbaan Siri Profesional (ProSeries) membabitkan lapan peringkat perlumbaan dijadualkan dari 7 hingga 14 Feb meliputi jarak keseluruhan 1,095.7km merentasi sembilan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Sempena ulang tahun ke-25, LTdL buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan Kriterium Antarabangsa iaitu sebelum perlumbaan dan Klasik Malaysia akan berlangsung selepas perlumbaan.
Kriterium Antarabangsa akan berlangsung pada 6 Feb di Kota Kinabalu, Sabah dan Klasik Malaysia dianjurkan di Langkawi pada 15 Feb, bagi memeriahkan lagi acara sebelum dan selepas perlumbaan itu dan nilai tambah kepada penonton, peminat basikal dan penaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019

LTdL telah dinaik taraf sebagai perlumbaan ProSeries membabitkan lapan peringkat perlumbaan, dari 7 hingga 14 Feb, meliputi jarak keseluruhan 1,095.7km merentasi sembilan negeri.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Ditinggalkan di Makkah ketika berusia lima tahun
Ahmad Mustafa imbas kenangan mengerjakan haji dan ditinggalkan di Makkah pada usia yang sangat mentah.

LTdL 2020: Tiada masalah dapatkan penyertaan pasukan Jelajah Dunia
Selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengesahkan tarikh itu dalam kalendar mereka, pihak penganjur menerima respons yang menggalakkan daripada pasukan Jelajah Dunia.

Human Voyage sangkal dakwaan PKBM
Ahmad menjelaskan setakat lapan peringkat saingan yang berakhir Sabtu, tiada sebarang aduan kedengaran daripada pihak komisar dan wakil Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Lukisan gambaran asal Mekah sebelum 4,000 tahun didedah
Teliti sejarah pembangunan sosial dan infrastruktur di Mekah dan Madinah.