KUALA LUMPUR: Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadualkan dari 11 hingga 18 Jun, terpaksa ditunda ke 11-18 Oktober berikutan pertindihan tarikh dengan kejohanan lain.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia berikutan tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.
Ahmad Faizal turut mengesahkan laluan yang beliau umumkan pada Mac lepas, kekal tanpa sebarang perubahan dengan pelumba dijangka mempamerkan persaingan sengit bagi memburu mata ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
"Pihak UCI bersetuju menganjurkan LTdL pada Oktober sebagai perlumbaan terakhir musim ini. Tentu sekali ia akan memberi perhatian dan negara kita akan menjadi tumpuan bagi peminat basikal di seluruh dunia, sebagai tuan rumah perlumbaan terakhir musim ini.
"Kita juga bersama-sama penganjur swasta (Human Voyage Sdn Bhd) telah berbincang secara terperinci mengenai penganjuran ini, jadi tiada masalah untuk dianjurkan pada Oktober," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tetamu kehormat majlis itu, yang turut disertai atlet kebangsaan, pemimpin sukan serta bekas atlet.
LTdL sepatutnya dianjurkan dari 3 hingga 10 Mac lepas, namun ditunda ke Jun oleh Human Voyage dengan alasan peningkatan mendadak kes varian Omicron COVID-19 pada awal tahun ini, syarat kuarantin serta keperluan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan.
Sementara itu, Ahmad Faizal yakin Malaysia mampu menganjurkan Sukan SEA Ke-34 pada 2027 dengan baik, selain mempunyai fasiliti yang mencukupi, selepas berjaya menganjurkan temasya berkenaan pada 2017 dan Sukan Komanwel 1998 dengan jayanya.
"Saya bangga kerana selalunya pusingan menjadi tuan rumah mengambil masa 20 tahun, tetapi kita dapat tawaran dalam 10 tahun. Negara-negara ASEAN kagum dan yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia untuk menganjurkan Sukan SEA," katanya sambil menambah perincian lain seperti belanjawan akan dibincangkan kemudian.
Ditanya mengenai permintaan Taekwondo Malaysia (TM) yang mahu sukan tempur itu diserapkan semula sebagai sukan teras, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Presiden TM Azizul Annuar Adenan meminta taekwondo disenaraikan semula sebagai sukan teras, selepas mempamerkan prestasi baik dengan membawa pulang sebutir perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Korea Selatan, selain satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Penangguhan LTdL ke Oktober adalah kerana tempoh yang dijadualkan pada awalnya merupakan musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan. - Gambar fail

Juara Catur Dunia ke-10 Boris Spassky meninggal dunia
Presiden Persekutuan Catur Rusia, Andrey Filatov mengesahkan perkara itu.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.
AWANI 7:45 [28/2/2025] – Jangan Derhaka | Longgar Syarat Perhimpunan Awam | Yakin Bebas Dari Penjara Wilayah Narathiwat | Lintas Langsung Dari Lokasi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
Jemaah Menteri junjung titah supaya tidak berterusan bahas Titah Adendum
Jangan ambil kesempatan kelonggaran perhimpunan aman, kata PM
Penyanyi lagu 'Bae Soba Bae', yakin dibebaskan
Bila puasa? Ikuti laporan langsung penentuan tarikh dan pengumuman Ramadan
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
Jemaah Menteri junjung titah supaya tidak berterusan bahas Titah Adendum
Jangan ambil kesempatan kelonggaran perhimpunan aman, kata PM
Penyanyi lagu 'Bae Soba Bae', yakin dibebaskan
Bila puasa? Ikuti laporan langsung penentuan tarikh dan pengumuman Ramadan
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Alami kesukaran bernafas, Pope Francis berehat semalam lagi di hospital
Pope Francis, yang telah dimasukkan ke hospital sejam dua minggu lalu kerana mengalami serangan pernafasan, menghabiskan satu lagi malam berehat di hospital pada Jumaat.

Warga berhampiran lokasi kematian Gene Hackman masih terkejut, sedih
Warga di Santa Fe, New Mexico, lokasi bintang veteran Hollywood, Gene Hackman memilih untuk bersara, masih terkejut dan sedih dengan kematian pelakon berusia 95 tahun itu.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Terma perdagangan Malaysia naik 0.6 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Terma perdagangan Malaysia berkembang 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 118.4 mata pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan perusahaan terlibat tipuan bida
MyCC mengenakan penalti berjumlah RM92,876,078.90 terhadap lapan perusahaan kerana terlibat dalam kartel tipuan bida melibatkan dua tender.

LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.