PUTRAJAYA: Bertemakan 'Beat The Heat', saingan perlumbaan jelajah berbasikal terulung negara Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal kembali menggegar jalan raya Malaysia bermula 23 hingga 30 Sept ini.
Penganjuran edisi ke-27 perlumbaan jelajah berstatus Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ProSeries itu adalah usaha sama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku pemilik LTdL dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Edisi kali ini yang membabitkan lapan peringkat merentasi 10 negeri serta satu Wilayah Persekutuan di Semenanjung dan meliputi laluan sejauh 1,280.3 kilometer (km) akan dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur pada 2012 hingga 2014 dengan rekod cemerlang sehingga diiktiraf oleh UCI.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan LTdL 2023 'datang' ke setiap negeri di Semenanjung dengan kos RM8 juta yang diperuntukkan oleh Kabinet.
"Kita telah sebaik mungkin libatkan sebanyak negeri yang boleh, jadi semua negeri di Semenanjung Malaysia kali ini terlibat kecuali Perlis sahaja," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran LTdL 2023 di Menara KBS, di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, Hannah mengharapkan lebih banyak pihak dan penaja tampil bersama menjayakan LTdL 2023.
"Saya tidak ada jumlah tepat (kos) berapa lagi yang diperlukan tetapi kita sedang berusaha, ketika ini Terengganu yang menerajui dan kita akan bekerja dengan bajet yang kita ada," katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata, penganjuran LTdL 2023 tidak bertembung dengan tarikh acara berbasikal Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini sekali gus tidak timbul isu kurang sambutan terhadap LTdL.
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pengalaman lepas menjadi sandaran terbaik MSN untuk sekali lagi mengendalikan LTdL.
"Kita pernah jadi penganjur pada 2012 sampai 2014, kita ada pihak yang cukup berpengalaman yang membantu, dari segi teknikal kita ada PKBM yang boleh memberi sokongan. Kepercayaan daripada kerajaan khususnya KBS beri MSN keyakinan yang besar untuk jadi penganjur yang terbaik," katanya.
Ketika ditanya ketiadaan Langkawi dalam peta perlumbaan kali ini, Ahmad Shapawi berkata, keputusan itu disebabkan tambahan kos yang agak tinggi antaranya dari aspek logistik dan faktor laluan yang kurang selesa.
Setakat ini, tujuh pasukan Pro (UCI ProTeam), 11 pasukan benua (UCI Continental) dan satu pasukan kebangsaan Malaysia sudah mengesahkan penyertaan di LTdL 2023 sementara penganjur sedang memuktamadkan tiga pasukan dunia (UCI WorldTeam) yang kini bersaing di Le Tour de France.
LTdL 2023 akan bermula dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 184.4km; Peringkat 2 Kuala Terengganu ke Kota Bharu (186.2km); Peringkat 3 Jeli ke Baling (177.1km); Peringkat 4 Bukit Mertajam ke Meru Raya (140km); Peringkat 5 Slim River ke Genting Highlands (133.3km); Peringkat 6 Karak ke Melaka (176.6km); Peringkat 7 Muar ke Seremban 2 (125.7km) dan Peringkat 8 Setia Alam ke Kuala Lumpur sejauh 157km. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Hannah berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan LTdL 2023 'datang' ke setiap negeri di Semenanjung dengan kos RM8 juta yang diperuntukkan oleh Kabinet. - Gambar fail/Bernama
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.