PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.
Menterinya Hannah Yeoh berkata ini berikutan perlumbaan berbasikal bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung dalam tempoh hanya sebulan lagi iaitu dari 23 hingga 30 Sept ini.
Beliau memaklumkan walaupun menerima peruntukan daripada kerajaan untuk membantu penganjur, sokongan daripada syarikat korporat amat penting bagi memastikan penganjuran perlumbaan berbasikal antarabangsa itu berjalan lancar.
"Kita dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan penajaan (untuk LTdL) dengan beberapa syarikat dan kita dah tak banyak masa. Jadi, kita minta syarikat-syarikat ini cepat buat keputusan dalam membantu kita.
"Saya tidak mahu beri tarikh akhir bila mereka boleh beri jawapan sebab kalau masuk sehari sebelum LTdL (berlangsung), saya tetap akan terima sebab kita betul-betul perlukan tajaan," katanya selepas melancarkan pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) di sini pada Ahad.
LTdL 2023 akan melibatkan laluan di 11 negeri di Semenanjung kecuali Perlis dengan perlumbaan lapan peringkat, bermula di Kerteh, Terengganu dan berakhir di Kuala Lumpur.
Bulan lepas, Hannah memaklumkan pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan LTdL 2023 berlangsung dalam suasana meriah menerusi peruntukan RM8 juta yang diluluskan Kabinet.
Sementara itu, Pengarah MPC Mohd Sayuti Mohd Zahit berkata pasukan baharu itu terdiri daripada beberapa bekas pelumba dan pegawai Sapura Cycling (TSC) iaitu kelab yang dibubarkan bulan lepas, ekoran kekurangan dana perbelanjaan, mampu merancakkan lagi industri sukan berbasikal negara.
"Kita kekalkan 70 peratus orang lama dan 30 peratus lagi kita akan tumpukan kepada bakat baharu. Buat masa ini kita sudah ada 10 pelumba tempatan, maksimum kita boleh pergi sehingga 16 pelumba.
"Kita dalam perancangan dapatkan pelumba import, tetapi itu selepas kelab didaftarkan dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai pasukan benua dan berkemungkinan mendaftar status itu pada Oktober nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
![LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688529733_950x600.jpg)
KBS menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin. - Foto fail
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.
![KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733656712_tbWaffiyNorazmi.jpg)
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
![KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027 KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
![Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732196205_TBsports.jpg)
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
![Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732110111_tbHannahYeohMajli.jpg)
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
![KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
![KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731528613_HannahYeoh.jpg)
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
![Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729581562_TBHannah.jpg)
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
![KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729581562_TBHannah.jpg)
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.