KUALA LUMPUR:Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, mencetak gol 'rasmi' pertamanya bersama pasukan bawah 21 tahun.
Gol tunggal yang dijaringkan Luqman melalui tandukan itu membawa kemenangan kepada pasukan tersebut ketika bertemu lawan, KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Liga Belgium B-21.
Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent.
"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, walaupun gol biasa-biasa, berkat doa anda semua.
"Gol pertama saya untuk perlawanan rasmi pertama tahun 2020," tulis pemain kelahiran Kelantan itu di Twitter.
BACA: Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21
BACA: Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk
Di ruangan komen, peminat berkongsi rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada Luqman atas jaringan gol yang menarik itu.
"Ini bukan gol biasa, yang disebabkan kesilapan lawan. Gol ini terhasil sebab anda guna IQ, pandai cari ruang dan bijak menewaskan pemain yang jauh lebih tinggi," tulis pengguna Twitter, Naqiuddin Ismail.
"Bukan biasa-biasa gol tu. Luar biasa sebab gol tandukan daripada pemain yang bersaiz kecil," tulis seorang lagi peminat.
Luqman, 18 tahun, berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan.
Madiha Abdullah
Wed Oct 14 2020

Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent. - Foto/Facebook/luqmanhakim9fans

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ayah Luqman Hakim meninggal dunia
Ayah kepada pemain muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin, dilaporkan meninggal dunia hari ini pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Luqman Hakim 'menuntut' ilmu dengan Nakamura
Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, berkongsi gambar di media sosial bersama legenda Jepun, Shinsuke Nakamura.

Nasi beriani jadi juadah pilihan Luqman di Jepun
Luqman Hakim Shamsudin ditemani rakan sepasukannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan di Jepun.

Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim
Luqman Hakim yakin percaturan pengendali Juan Torres Garrido mendapatkan khidmat beberapa pemain tertentu, dapat memberikan 'taring' kepada pasukan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Saya jaringkan gol, tapi saya sedih - Luqman Hakim sebak
Kali terakhir Luqman mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) AFC 2020.

Aksi lincah Luqman Hakim tambat hati penyokong KV Kortrijk
Luqman yang diturunkan sebagai pemain gantian menunjukkan kualiti yang dimilikinya apabila berjaya beberapa kali menghadirkan masalah kepada benteng pasukan lawan.

10 personaliti paling menyerlah sepanjang 2020
Astro AWANI senaraikan 10 individu yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua untuk kita melangkah ke tahun 2021!

Luqman Hakim cetak gol 'rasmi' pertama, julang KV Kortrijk
Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent.

Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat
Mahu kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium?