Skuad wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, di sini, semalam.
Malaysia, selaku pasukan ranking ke-21 dunia, membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti oleh Norazlin Sumantri sebelum Anis Anis Nadia Onn menambah gol kedua menerusi jaringan padang pada minit ke-25.
Pada saingan separuh akhir Sabtu ini, Malaysia akan menentang Poland.
Sebelum itu, Poland, selaku naib juara Kumpulan A, menewaskan Rusia 4-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
Pengurus pasukan, Ernawati Mahmud yakin pasukan negara mampu mengatasi Poland, yang menghuni ranking ke-26 dunia, sebelum layak ke final.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim serta tanpa membolos gol sepanjang saingan hingga peringkat suku akhir.
Dalam pada itu, pasukan pilihan utama, India turut melangkah ke separuh akhir selepas membelasah Singapura 10-0.
India akan berdepan dengan Thailand pada perlawanan separuh akhir. Thailand menempah slot separuh akhir selepas menang tipis 4-3 ke atas Kazakhstan dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Dua pasukan terbaik pada kejohanan ini akan menempah tiket secara automatik ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Sepanyol dari 10 hingga 21 Jun ini dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro tahun depan.
Bernama
Fri Mar 13 2015

Skuad wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia. -Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

M'sia layak ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia
Skuad wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand.