SILIH berganti nama, diharapkan jenama Melaka FC mampu membawa tuah kepada skuad Sang Kancil untuk bersaing dalam kancah Liga M3 musim depan.
Dikenali sebagai Melaka United FC pada musim 2022 dan kemudian bercadang menjenamakan kepada Harimau Melaka FC sebelum akhirnya memutuskan nama baharu sebagai Melaka FC.
Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, nama Melaka FC sudah dicadangkan kepada kerajaan negeri dan dalam proses menunggu kelulusan pihak berkenaan.
"Pada awalnya nak guna nama Harimau Melaka, namun selepas berbincang dalam MAFA, kita memuktamadkan nama pasukan sebagai Melaka FC.
"Apa pun, kita tunggu keputusan. Nama Melaka tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan kerajaan negeri," katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Sukan Harian sebelum ini melaporkan penjenamaan semula Melaka United FC selepas kelab itu gagal mendapatkan lesen untuk bersaing dalam kempen Liga Super musim depan.
Selain pertukaran kepada Harimau Melaka, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) turut dijenamakan kembali ke nama lama MAFA.
"Harimau Melaka dan MAFA ada nostalgia tersendiri," ujar Nur Azmi.
Beliau menambah, permohonan kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri dan dijangka selesai dalam tempoh beberapa minggu.
Pada masa sama persiapan menyediakan pasukan yang mantap giat dijalankan dengan empat jurulatih masing-masing dua tempatan dan luar negara sudah disenarai pendek.
"Lebih 40 peratus pemain sedia ada berminat untuk kekal, manakala selebihnya jurulatih baharu akan pilih.
"Kita jangkakan pertengahan Disember jurulatih serta para pemain boleh mula berkumpul dan berlatih sebelum liga dijangka bermula pada Februari 2023 " katanya.
Nur Azmi optimis skuad baharu itu mampu bersaing di Liga M3 kerana sasaran MAFA untuk kembali ke Liga Super pada 2024.
"Kita mahu membina pasukan dan semangat baharu untuk bersaing sengit dalam kempen Liga M3, selain menyasarkan untuk layak beraksi di Piala FA 2023," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 16 2022
![MAFA harap tuah jenama Melaka FC MAFA harap tuah jenama Melaka FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668561696_MelakaUnited.jpg)
Barisan pemain Melaka United bagi perlawanan terakhir Liga Super Malaysia musim ini. - Foto Facebook/Melaka United Football Club
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
![Kerangka pelan tindakan perlu diwujud selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain - Adam Adli Kerangka pelan tindakan perlu diwujud selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671266165_MelakaOpenSpeedSk.jpg)
Kerangka pelan tindakan perlu diwujud selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain - Adam Adli
Satu kerangka pelan tindakan perlu diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelab bola sepak di Malaysia terutama melibatkan tunggakan gaji pemain.
![MAFA harap tuah jenama Melaka FC MAFA harap tuah jenama Melaka FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668561696_MelakaUnited.jpg)
MAFA harap tuah jenama Melaka FC
Melaka United FC bercadang menjenamakan kepada Harimau Melaka FC sebelum akhirnya memutuskan nama baharu sebagai Melaka FC.
![Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663794823_MelakaUnited.jpg)
Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan
Semua pihak perlu bersama-sama membantu memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.
![Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662255797_MohamadFaisalAbdul.jpg)
Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super
Susulan kemenangan itu, peluang skuad Penyu untuk bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super kembali cerah.
![JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0 JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661788123_JDTBergsonGustavo.jpg)
JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
![Piala FA: Pertembungan Melaka United, JDT jadi tumpuan Piala FA: Pertembungan Melaka United, JDT jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656971890_JadualPerlawanan.jpg)
Piala FA: Pertembungan Melaka United, JDT jadi tumpuan
Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Hang Jebat, memberi kelebihan beraksi di laman sendiri kepada skuad Sang Kancil.
![Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650674889_MelakaUnitedtamatk.jpg)
Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric
Dengan penamatan itu, Mohd Asri akan mengambil alih peranan selaku ketua jurulatih interim, dibantu Nazrulerwan Makmor.
![Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649219172_TBRISTO.jpg)
Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi
Anak buahnya telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka kelihatan tertekan dengan situasi yang menimpa skuad itu.
![Piala Malaysia: Zainal Abidin tekad bawa pasukan mara ke akhir Piala Malaysia: Zainal Abidin tekad bawa pasukan mara ke akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637292271_BolaSepak.jpg)
Piala Malaysia: Zainal Abidin tekad bawa pasukan mara ke akhir
Kejayaan menempah tiket ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas tempoh 38 tahun itu disifatkannya amat bermakna.
![KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637292182_MalaysianFootballL.jpg)
KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia
The City Boys mencatat kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama.