Malaysia menamatkan aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 dengan membelasah Oman 7-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Dhaka, Bangladesh, pada Isnin.
Kejayaan itu menyaksikan anak buah Stephen Van Huizen muncul juara Kumpulan B dengan mengutip maksimum sembilan mata, selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut menewaskan China 7-1 pada 12 Okt, sebelum mengejutkan juara bertahan Korea Selatan 2-1, dua hari kemudian.
Pada perlawanan hari ini, Malaysia mendahului selesa 5-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Faizal Saari pada minit ke-16 dan 26, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (minit ke-18 dan 23), dan Muhammad Shahril Saabah (minit ke-20) sebelum Oman mengurangkan defisit melalui Salmeen Al Nofali pada minit ke-25, demikian menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Skuad senior kebangsaan melengkapkan kemenangan bergaya itu dengan menambah dua lagi jaringan selepas permainan bersambung menerusi dua pemain muda - Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan, masing-masing pada minit ke-40 dan 42.
Bercakap kemudian, Van Huizen memuji dua pemain muda, Marhan Nabil Asri Joel dan Muhammad Aideed yang beraksi dengan baik pada Isnin, walaupun tanpa khidmat pemain tengah berpengalaman, Mohd Fitri Saari yang terpaksa pulang ke tanah air, semalam, selepas anaknya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
"Faizal telah melaksanakan tugasnya begitu baik dengan menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan beberapa lagi pemain juga berusaha keras untuk memantapkan pasukan setakat ini.
"Kita memulakan aksi agak santai pada perlawanan hari ini, kerana tahu kita sudah pun layak ke separuh akhir, namun selepas kita mendapatkan rentak, kita terus mencipta banyak peluang untuk mencatat kemenangan selesa," kata Van Huizen kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp.
Malaysia akan berdepan naib juara Kumpulan A, Pakistan manakala juara Kumpulan A, India akan menentang naib juara Kumpulan B, Korea Selatan pada aksi separuh akhir. Kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2017
Kejayaan itu menyaksikan anak buah Stephen Van Huizen (foto) muncul juara Kumpulan B dengan mengutip maksimum sembilan mata.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.