Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan tiga negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan untuk memutuskan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.
"Asia Tenggara mempunyai peluang dan kekuatan untuk membida secara bersama seperti gandingan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanda yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2026," kata bekas presiden FAM itu kepada media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di sini, pada Sabtu.
"Memang hakikatnya sudah sampai masa negara rantau Asia Tenggara diberi peluang dan masih mempunyai masa yang cukup mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing," katanya.
Tengku Abdullah, yang baru pulang dari menyertai Kongres FIFA di Moscow, semalam, yakin Malaysia juga mampu menjadi salah sebuah negara tuan rumah berdasarkan kelengkapan infrastruktur yang ada.
Mengenai peluang pasukan-pasukan pakatan negara Asia Tenggara memperoleh slot istimewa, selaku tuan rumah, tanpa mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata perkara berkenaan akan dibincangkan selaras dengan cadangan pertambahan pasukan yang menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026.
Kali terakhir format Piala Dunia diubah adalah pada 1998, yang menyaksikan pasukan yang bertanding ditambah daripada 24 pasukan kepada 32 pasukan.
Sementara itu, majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat serta orang kenamaan termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas menteri besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 17 2018

Kali terakhir format Piala Dunia diubah adalah pada 1998, yang menyaksikan pasukan yang bertanding ditambah daripada 24 pasukan kepada 32 pasukan. - REUTERS/Fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.