KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantikan Victoria, Australia, yang menarik diri tahun lepas.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan hari ini berkata tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
"Susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lepas, MOM telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai kemungkinan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas pembida yang menang iaitu Victoria, Australia menarik diri tahun lepas," menurut kenyataan itu.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan sama berkata CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang sekali seumur hidup itu, di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan, meneruskan legasi kejayaan Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.
Menurutnya dengan kemudahan bertaraf dunia sedia ada, Malaysia berupaya menjadi tuan rumah acara antarabangsa seperti Sukan Komanwel yang melibatkan 74 negara dan wilayah Komanwel.
Mohamad Norza berkata penganjuran berkenaan pasti akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang minimum serta membawa manfaat sosioekonomi yang besar kepada negara.
"Ia juga akan meningkatkan standard sukan Malaysia seperti yang berlaku selepas Sukan Komanwel 1998," katanya.
Sabtu lepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.
Hannah berkata KBS sedang menyediakan satu kertas Kabinet yang merangkumi hasil kajian tentang pelbagai aspek penganjuran sukan tersebut.
Persoalanan mengenai Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 menarik diri pada Julai tahun lepas disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dari jangkaan awal AUD2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta bagi pelanggaran kontrak kerana gagal menganjurkan acara berkenaan yang dijadualkan dari 17 hingga 29 Mac 2026.
Malaysia adalah negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. Pada 2010, sukan empat tahun sekali itu kembali ke rantau ini dan berlangsung di India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Mohamad Norza (foto) berkata penganjuran berkenaan pasti akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang minimum serta membawa manfaat sosioekonomi yang besar kepada negara. -Gambar fail/Bernama
Bayar balik kos diesel untuk petani dan pesawah yang terbeban
Perdana Menteri berkata program PADU memberi jaminan membayar balik petani dan pesawah yang terbeban dengan kos diesel yang bertambah.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
"Jangan dengar dengan sentimen marah, ini penyakit marah"- PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan tarif pada industri dan golongan kaya bukan kepada rakyat.
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai.
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
RM60 juta bantuan khas Bernas pada pesawah utara terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata bantuan ditambah RM600 setahun kepada
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.
Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.
JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!
Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.