Juara bertahan Malaysia tewas kepada pasukan pilihan Bintang Asia berdasarkan jumlah mata keseluruhan
pada perlawanan penentuan tempat ketiga Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014.
Pada perlawanan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, Malaysia terikat 2-2 selepas memenangi dua daripada empat perlawanan yang dipertandingkan.
Namun kemenangan memihak kepada Bintang Asia berdasarkan jumlah mata keseluruhan dalam perlawanan itu selepas mengumpul 147 mata berbanding Malaysia yang hanya mengumpul 140 mata.
"Piala Axiata bukanlah sasaran utama semua pasukan yang menyertainya tetapi ia baik untuk pemain-pemain kerana ia melibatkan semangat sepasukan.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pencapaian pemain-pemain kita.
Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi kepada mereka. Berjaya mara ke peringkat separuh akhir adalah satu pencapaian terbaik," kata jurulatih negara Rashid Sidek.
Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga itu, kedua-dua pemain perseorangan negara kalah kepada lawan masing-masing.
Chong Wei Feng, yang pada awal menguasai perlawanan, seperti hilang rentak apabila beberapa kali terhenti akibat gangguan lampu gelanggang.
Beliau kalah dalam straight set 20-22 dan 16-21 kepada pemain Hong Kong, Hu Yun disusuli perseorangan wanita, Tee Jing Yi, yang turut kalah kepada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying dengan 12-21 dan 8-21.
Malaysia mengutip dua mata selepas beregu lelaki, Tan Boon Heong dan Tan Wee Kiong mengalahkan beregu India, Manu Attri dan Sunmeeth Reddy dengan 21-11 dan 21-13.
Skuad badminton negara menambah lagi dua mata selepas gandingan beregu campuran Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing mengalahkan pasangan dari Hong Kong, Lee Chun Hei dan Chau Hoi Wah dengan 21-19, 21-19.
Bernama
Sun Dec 07 2014

...
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia hanya mampu tempat keempat Piala Axiata
Juara bertahan Malaysia tewas kepada pasukan pilihan Bintang Asia berdasarkan jumlah mata keseluruhan pada perlawanan penentuan tempat ketiga Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014.